RSS

Bebelan Seorang Bakal Siswazah

22 Jun

Sebelum saya memulakan kerja di office semalam, saya menemui kawan saya, Nurul (bukan nama sebenar) yang bekerja di sebuah kedai gambar di Wangsa Maju. Tujuan membuat lawatan ini adalah sengaja datang untuk menjenguk beliau, bertanyakan khabar. Itu sahaja.

Sebaik sahaja tiba di tempat yang ingin dituju, muka beliau masam mencuka. Apabila beliau berkata- kata, nadanya dipenuhi dengan perasaan kecewa, sedih, meradang dan tension.

Saya cuba berbual dan cuba menyelami perasaan beliau, apa yang menyebabkan beliau menjadi sebegitu. Dalam hati terdetik “Apa dia ni dah datang period ke? Hehehe” Tindakan saya yang teringin sangat mengambil berat tentang kisah beliau, mengakibatkan saya terpaksa mendengar segala bebelan beliau yang berlangsung selama 30 minit (Kawan saya ini adalah sebaya dengan saya).

Apa yang beliau bebelkan? Apa yang beliau suarakan dengan nada dan muka tidak puas hati?

Ceritanya begini. Rakan saya ini mempunyai Diploma dalam Sains Komputer dari salah sebuah institusi pendidikan yang terkemuka di Malaysia. Maka beliau ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan mendapat tempat di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Memang menjadi impian beliau untuk menyambung pendidikan di sana.

Malangnya, cita- cita tersebut tidak kesampaian disebabkan halangan daripada ayah beliau yang tidak sanggup tinggal berjauhan dengan anak sulungnya (Anak bapak rupanya, hehehe :) Jangan marah Nurul sekiranya saudari membaca artikel ini).

Pekerjaan ayah Nurul sebagai salah seorang staff akademik di sebuah universiti, membuatkan si ayah memaksa anak kesayangannya itu belajar di universiti yang sama dengan tempat dia bekerja.

Si anak ini pun menurut kata- kata si ayah walaupun jiwa si anak ini sedikit memberontak. Duit dikeluarkan untuk membeli borang kemasukan, rayuan pun dibuat ke sana sini atas tujuan untuk menyambung pelajaran di tempat kerja ayah beliau.

Setelah mendapat kelulusan daripada pelbagai pihak, tibalah masa untuk menghantar borang kemasukan pelajar ke bahagian Pendaftaran Pelajar. Di sinilah, kesabaran beliau diuji sehingga mengakibatkan beliau meradang.

Niat Nurul untuk menyambung pelajaran di tempat kerja ayah beliau dihalang pula oleh pekerja di bahagian Pendaftaran Pelajar. Kata pekerja tersebut untuk apa menyambung pengajian di universiti ini, adalah lebih baik beliau pergi sahaja ke UMS.

Puas rakan saya mempertahankan prinsip beliau untuk menyambung pengajian di tempat kerja ayahnya, dan pekerja tersebut hanya memberi kata- kata pematah semangat untuk ‘menghalau’ Nurul ke UMS.

Insiden inilah yang menyebabkan Nurul membebel kepada saya hampir setengah jam lamanya, menceritakan kisah sedih beliau. Kasihan Nurul…

Fikiran saya terdetik untuk berkata kalau setiap pekerja melayan pelanggan mereka sepertimana pekerja tadi melayan Nurul, alamatnya gulung tikarlah syarikat mereka. Seandainya cerita ini sampai ke pihak atasan, saya jamin pekerja tersebut akan diambil tindakan.

Kasihan Nurul…

 
Tinggalkan komen

Posted by di Jun 22, 2007 in Cerita Teman

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: