RSS

PDAJ: Sebuah Pengenalan

22 Jun

PDAJ ataupun dikenali sebagai Pusat Didikan Ahlul Jannah ialah sebuah tadika dan taska yang diusahakan oleh ibu saya beserta 3 orang pekerja beliau. Berumur setahun setengah, PDAJ mampu menarik 40 orang kanak- kanak berusia 2- 6 tahun datang dan belajar. Tahniah mak!

Di dalam usaha mendidik dan menjaga anak- anak yang masih kecil dan comel, saudara/ saudari memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan bukan semua orang boleh melakukannya.

Emak memberitahu seorang rakan beliau pernah berkata sebegini “Eh Paridah (nama ibu saya), U boleh ye jaga budak- budak ni? Kalau I, mati budak- budak ini I kerjakan” Itulah kata- kata yang diucapkan oleh rakan ibu, yang menjadi bukti kukuh tidak semua orang layak menjaga dan mendidik kanak- kanak.

Setiap hari, ada sahaja kisah suka, duka dan lucu yang berlaku di tempat kerja emak. Ada kisah yang berlaku di PDAJ merupakan sebuah cerita yang mengisahkan pelbagai ragam ibu bapa yang menghantar anak ke PDAJ.

Menjaga si kecil yang macam- macam ragam, ditambah pula dengan melayan kerenah ibu bapa yang kadang- kadang menyusahkan. Memang tugas menjadi seorang pendidik dan pada masa yang sama bekerja sebagai penjaga, memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang kukuh.

Di ruangan PDAJ inilah, saya berkongsi dengan saudara/ saudari cerita yang diambil dari tempat kerja ibu saya (sudah pun mendapat keizinan beliau). Semoga saudara/ saudari terhibur, menjadi pembaca setia untuk ruangan ini dan saya berharap saudara/ saudari dapat mengambil sedikit pengajaran dari semua kisah di sini. Terima kasih.

 

MOHD ALIFF MOHD NOR  

 
Tinggalkan komen

Posted by di Jun 22, 2007 in Diari PDAJ

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: