RSS

Kisah Seorang Game Addict

23 Jun

Hanya tinggal seminggu sahaja lagi sebelum adik saya yang kedua, Alham masuk ke Universiti Putra Malaysia (UPM). Maksudnya tinggal tujuh hari sahaja lagi untuk beliau meluangkan masa bersama kami sekeluarga.

Akhir- akhir ini, saya melihat beliau begitu asyik bermain sebuah permainan koputer yang pernah beliau kutuk dahulu, DOTA. DOTA (Defense of the Ancient) adalah permainan komputer di mana pihak yang baik menentang pihak yang jahat berbekalkan strategi dan alatan magis masing- masing untuk menang.

Sewaktu Alham di Pusat Matrikulasi Gambang, Pahang beliau sekadar balik sekali sebulan ke rumah kerana jarak yang jauh. Apabila beliau balik dan ternampak saya bermain DOTA, dahi beliau akan berkerut dan meninggalkan saya bermain permainan ini seorang diri.

Membawa makna beliau tidak mengerti akan DOTA. Walau bagaimanapun, kini beliau sanggup mengorbankan masa tidur semata- mata untuk bermain DOTA.

Kadang- kadang, waktu siang pun main juga. Adik saya yang ketiga, Adib memegang tugas sebagai cikgu semasa Alham bermain permainan itu. 

Agaknya beliau sedang bercuti, maka sebab itulah Alham begitu asyik bermain DOTA. Melihatkan perangai beliau sekarang, saya terasa seperti melihat diri saya sendiri sewaktu berada di Tingkatan 3, yakni enam tahun yang lalu.

Sewaktu rakan sebaya saya sibuk mempersiapkan diri untuk ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR), saya pula sibuk di kafe siber bermain permainan komputer. Kalau dicongak kembali, saya tidak dapat menganggar entah berapa ribu ringgit telah saya laburkan semata- mata untuk bermain game.

Tidak cukup dengan membuat ‘peleburan’ duit di kafe siber, saya meminjam pula gameboy daripada seorang rakan. Apabila emak mendapat tahu, memang beliau meradang. Akibat yang saya terima ialah ketuk ketampi sebanyak 100 kali.

Keesokan harinya apabila pergi ke sekolah, saya jalan mengangkang. Maklumlah, ketuk ketampi 100 kali menyebabkan lutut saya kesakitan. Pergerakan ini rupanya mendapat perhatian daripada salah seorang rakan baik saya, Aznul namanya. Apalagi, muka beliau cuma terkejut sahaja apabila mendapat tahu hal sebenar. 

Sudah enam tahun cerita itu berlalu, namun ia masih segar di ingatan saya. Kalau dahulu, saya amat ketagih untuk bermain permainan komputer. Sekarang, hendak bermain game sekali seminggu pun susah kerana ada sahaja kerja yang datang.

Kalau dulu, saya bermain game untuk menang sehingga terlupa melakukan kerja- kerja yang penting. Kini, saya bermain game hanya untuk bermain dan melepaskan tension sahaja.Tidak ketagih dan meletakkan matlamat utama seperti dulu lagi. 

 

 

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di Jun 23, 2007 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: