RSS

‘Puteri’ Yang Tercicir

23 Jun

Malam tadi, berlaku sebuah kejadian yang saya harap tidak akan berlaku kepada saya atau pun sesiapa sahaja. Kejadian di mana dua orang ‘puteri’, seorang berumur 6 tahun dan seorang lagi baru hendak menyambut hari lahir beliau bulan depan ‘tertinggal’ di taska ibu.

Ain dan Wani nama mereka. Malam tadi, kedua- dua mereka tinggal di taska ibu saya hampir dua jam lamanya tanpa menjamah sebarang makanan. Semuanya gara- gara ibu mereka terpaksa menghadiri majlis makan bersama rakan sekerja manakala si ayah pula pergi ke majlis ilmu di masjid sehingga terlupa mengambil anak kesayangan mereka.

Sewaktu ibu menelefon emak kepada Ain dan Wani, si emak memberitahu sepatutnya si ayah yang mengambil mereka dari taska. Nampak seolah- olah si emak menyalahkan si ayah pula kerana tidak mengambil ‘puteri’ mereka. Apabila ibu saya menelefon si ayah, telefon bimbit beliau dimatikan.  

Lebih kurang pukul 9 malam, ibu saya mendapat mesej dari si ayah meminta maaf kerana terlupa mengambil Ain dan Wani. Sebelum kedua- dua ‘puteri’ tersebut dihantar pulang ke rumah, ibu sempat membeli makanan untuk mereka.

Alhamdulillah, sekurang- kurangnya perut mereka diisi dengan makanan bukan dengan angin.

Perkara sebegini sering berlaku kepada semua orang. Kadang- kadang, ibu saya pun boleh terlupa untuk mengambil adik yang pulang dari sekolah. Setelah adik sampai rumah, barulah ibu teringat.

Saya berfikir seketika tentang hal ini, dan saya menemui sebuah dalil yang berkaitan dengan permasalahan ini dari Al- Quran. Ayat tersebut dari Surah Al- Anfaal, ayat 28.

Bunyinya begini “Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak- anak kamu itu hanyalah cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah- lah pahala yang besar.”

Perkataan ‘cubaan’… Pada pemikiran saya, ia boleh dikaitkan dengan cabaran dan tanggungjawab. Dalam erti kata lain, Yang Maha Kuasa turut menghantar zuriat sebagai ujian ataupun cabaran untuk melihat sejauh mana kita mampu untuk menjalankan amanah/ tanggungjawab.

Kepada saudara/ saudari di luar sana yang sedang mabuk di alam percintaan, fikirkan tanggungjawab dan cubaan yang akan menimpa di masa depan.

Kepada mereka yang sudah pun di alam perkahwinan, saya hanya mampu mengucapkan selamat menjalankan tanggungjawab dari Allah SWT di dalam mendidik si kecil. Penuhi dada saudara/ saudari dengan kesabaran di dalam membesarkan anak- anak kerana ia adalah cubaan dari Tuhan.

 

    

 
Tinggalkan komen

Posted by di Jun 23, 2007 in Diari PDAJ

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: