RSS

Aku Ni Cacat Ke?

25 Jun

Kadang- kadang saya berjalan di sekitar kaki lima di bandaraya Kuala Lumpur, saya ternampak beberapa orang kurang upaya meminta sedekah. Ada yang duduk dan mengharap belas ihsan masyarakat, ada yang menyanyi di depan pintu kompleks membeli- belah dan macam- macam ragam lagi yang boleh saya temui.

Saya lihat pada mereka, dan saya lihat pada diri saya sendiri. Kemudian saya bertanya, ‘Aku ni cacat ke?” Sehingga kini, saya masih mencari jawapan untuk persoalan itu. 
 
Saudara/ saudari, saya pernah mengalami kemalangan sewaktu saya berada di Darjah 3. Ketika saya berusia 9 tahun, saya telah dilanggar oleh basikal yang mengakibatkan diri saya tercampak. Dalam erti kata lain, saya terpelanting dan kepala saya terhantuk pada batu.

Sekiranya saudara/ saudari berada di tempat kejadian, memang tiada kesan luka ataupun lebam di badan saya. Walau bagaimanapun, doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkan darah beku yang berada di dalam kepala.    

Pembedahan yang menelan kos RM14,500 memberikan saya 34 jahitan di sebelah kiri kepala. Selama sebulan saya terlantar di wad Hospital Assunta, dan selepas keluar dari hospital doktor memberikan cuti kepada saya selama sebulan. Apabila ditambahkan jumlah cuti sakit pada tahun tersebut, saya mendapat cuti selama dua bulan.

Kemalangan tersebut berlaku pada tahun 1995 sewaktu semua umat Islam sedang berpuasa. Doktor yang melakukan pembedahan ke atas saya memberitahu kemungkinan besar saya akan mengalami masalah hilang ingatan dan penyakit sawan babi.

Alhamdulillah, semua masalah tersebut tidak berlaku kepada saya. Namun, perkara buruk lain pula yang berlaku kepada saya. Selepas pembedahan, kepala saya amat sensitif. Kadang- kadang rasa menyusahkan, tetapi apa yang berlaku ke atas saya adalah kehendak yang Maha Esa. Mesti ada hikmah…

Saya tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama, kalau potong rambut kena berhati- hati di bahagian kiri kepala dan selepas kemalangan itu, doktor melarang saya untuk bermain bola. Malah, pening dan sakit kepala adalah perkara biasa yang sentiasa ‘mengunjung’ saya setiap bulan.

Walaupun kejadian tersebut sudah berlalu 12 tahun yang lalu, sehingga kini saya masih merasai penderitaannya. Lelaki yang melanggar saya ketika itu merupakan pelajar sekolah menengah.

Beliau ada datang ke sekolah untuk mengetahui tentang perkembangan saya, agaknya rasa bersalah masih tersimpan di dalam diri beliau. Sungguhpun beliau tahu tindakan boleh dikenakan ke atas beliau, beliau sanggup datang semata- mata untuk mencari saya.

Namun, perangai bekas guru kanan sekolah yang tidak mengambil peduli akan hal pelajar menyebabkan beliau tidak tahu langsung apa yang terjadi pada saya. Padahal cikgu itu juga berada bersama saya sewaktu kemalangan itu terjadi.  

Sehingga kini, saya mencari jawapan untuk persoalan tadi “Aku ni cacat ke?”. Mencari jawapan yang entah bila akan kunjung tiba…

 
3 Komen

Posted by di Jun 25, 2007 in Kisah Hidup

 

3 responses to “Aku Ni Cacat Ke?

  1. Bayan

    Jun 27, 2007 at 1:26 am

    Pada saya, tiada istilah cacat yang melibatkan fizikal. Saya lebih suka gelarkan cacat pada mereka yang kurang akhlak dan tidak bermoral. Kerana ‘cacat otak’ yang melibatkan akhlak kesannya amat buruk kepada orang lain.
    Jagalah kesihatan kamu. Sesungguhnya apa yang telah berlaku ada hikmahnya.

     
  2. writerdruid

    Jun 28, 2007 at 4:58 am

    Terima kasih saudara atas kata- kata itu. Terima kasih…

     
  3. aku

    Julai 26, 2008 at 8:05 am

    terima semua ini sebagai ujian. Allah s.w.t memberi ujian kepada hambanya kerana dia tahu hambanya dapat menerima. cacat hanya istilah manusia yang beza adalah amalan kita. Kesabaran itu penting. Jaga kesihatan

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: