RSS

Aku, Perempuan Dan Dot, Dot, Dot

26 Jun

Apakah reaksi kali pertama saudara/ saudari melihat wajah saya? Di kalangan kawan- kawan, ada sesetengah daripada mereka memanggil saya “Mat Jambu”, “Player” dan “Playboy”.

Kadang- kadang, saya ketawa apabila mereka menggelar saya dengan nama tersebut, tetapi kalau acap kali kami bertemu dan nama itu sahaja yang keluar dari mulut mereka… Rimas saya dibuatnya.

Mungkin anugerah pancaindera pemberian Tuhan yang menyebabkan mereka memanggil saya sebegitu. Ramai orang berpendapat muka kacak atau lawa mempunyai ramai ‘peminat’. Terpulang kepada saudara/ saudari untuk meletakkan saya di kedudukan yang ramai ‘peminat’ ataupun tiada ‘peminat’.

Semua gelaran tersebut membawa saya mengingati detik- detik lucu yang terjadi di antara hidup saya dan dunia wanita. Barangkali, saudara/ saudari akan ketawa sendiri sewaktu membaca entri ini.

Saya belajar mengenal wanita sewaktu di Tingkatan 4. Sesetengah lelaki yang sebaya dengan saya ketika itu sudah mempunyai keberanian mengajak rakan perempuan untuk makan bersama, keluar ke sana sini dan ada juga yang berani menjalinkan hubungan serius. Saya… Hendak menegur dan mengucapkan “Hai” pun malu. Memandang muka… Jangan harap.

Bukan sebab sombong, tetapi malu yang tidak bertempat. Hendak menegur rakan perempuan yang sama- sama belajar di satu kelas yang sama pun susah. Saya pernah terdengar kata- kata sebegini “Takkanlah perigi hendak mencari timba”

Hakikatnya, memang saya menunggu kaum Hawa untuk menegur saya dahulu. Kalau mereka tidak tegur, alamatnya saya berjalan dan buat tidak tahu sahaja. Sungguh pun saya tidak melakukan apa- apa kerja ketika itu, memang sukar untuk melihat saya berbual dengan wanita.

Pernah seorang rakan sekelas (perempuan) menelefon saya untuk menanyakan kerja rumah. Saya menjawab panggilan beliau selepas meletak gagang telefon sebanyak tiga kali. Itu pun bercakap dalam nada terketar- ketar. Maklumlah, malu yang tidak kena tempat.

Saya pun pernah menelefon dan berbual dengan rakan perempuan, tetapi saya membiarkan beliau memanggil “Helo” berkali- kali. Agaknya bosan menunggu jawapan, lantas beliau meletakkan telefon.

Sejurus selepas itu, barulah saya rasa menyesal kerana tidak berbual dengan beliau. Padahal, niat saya mendial nombor beliau adalah untuk bertanyakan gerak kerja persatuan.

Apabila saya senaraikan semua kisah saya yang bersangkut paut dengan kaum wanita, saya senyum simpul. Agaknya saya ini seorang yang lambat matang dan tidak pandai bersosial, sebab itulah saya malu tidak bertempat agaknya.

Itu dulu. Sekarang, kalau tidak pandai bersosial dengan kaum wanita susahlah nasib saya untuk menjadi seorang penulis dan pencari berita. Terserah kepada saudara/ saudari untuk mempercayai cerita di dalam entri ini, tetapi secara jujur semua perkara ini pernah berlaku di dalam hidup saya. 

 
7 Komen

Posted by di Jun 26, 2007 in Kisah Hidup

 

7 responses to “Aku, Perempuan Dan Dot, Dot, Dot

  1. aliman

    Jun 26, 2007 at 4:29 am

    Bagi memudahkan pengunjung membaca entri, kekalkan perkataan saudara sahaja sudah mencukupi. Dalam bahasa Melayu lama, tidak ada gender. Gunakan saudara pun sudah kira boleh.

     
  2. writerdruid

    Jun 26, 2007 at 3:11 pm

    Terima kasih atas tips tersebut, Tuan Zamri🙂

     
  3. InsanBiasa

    Jun 26, 2007 at 5:17 pm

    Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah pada saudara kerana berjaya menghasilkan laman blog yang menarik ini.
    Saya terasa terpanggil untuk memberi balasan kerana cerita saudara mempunyai persamaan dengan kisah hidup saya. Memang saya akui… Dulunya saya amatlah pemalu tatkala berdepan dengan kaum Hawa hinggakan rakan sekelas saya memanggil saya ‘sombong’ kerana jarang bertegur sapa. Hinggakan ibu saya juga selalu menegur sikap saya itu. Bukan saya ‘sombong’,bukan saya takut, tapi saya berasa amat janggal bercakap dengan mereka yang bergelar perempuan apatah lagi untuk bermesra dengan mereka. Dulunya saya memang seorang pendiam di sekolah. Seperti saudara,sekiranya kaum Hawa tidak memulakan perbincangan,sampai bila2 pun saya tidak akan mengeluarkan suara.
    Pernah seorang perempuan ‘melamar’ saya face-to-face pada awal tahun ini.Berpeluh-peluh saya dibuatnya kerana panik.Tergagap saya menjawab setiap bait soalannya. Boleh dikatakan setiap hari dia menelefon saya untuk bertanya khabar. Namun saya hanya mampu bercakap ‘ya’ dan ‘tidak’… Sepatah demi sepatah kerana janggalnya saya bercakap dengan perempuan. Saya menolak ‘lamarannya’ atas alasan ingin menumpukan pelajaran walau pada hakikatnya saya tiada perasaan langsung terhadap gadis tersebut.
    Kebiasaannya, di hati golongan lelaki yang ‘anti-perempuan’ ini akan ada seorang insan idaman yang diigau-igaukannya. Namun perasaan malu yang menebal menghalang lelaki jenis ini dari mengambil inisiatif dan hanya selesa dangan taktik tunggu dan lihat.
    Begitu juga halnya dengan saya. Pertemuan yang tak diduga pada tiga tahun lepas dengan si dia telah menyebabkan saya jatuh hati dengannya. Mungkin inilah yang dikatakan cinta pandang pertama. Kami ditakdirkan berada dalam kumpulan yang sama dalam satu tugasan. Atas alasan tugas,kami mula bere- mel antara satu sama lain. Namun ababila tugasan berakhir,saya berasa resah dan bimbang untuk meneruskan kelakuan saya bimbang- bimbang dia akan mengesyaki sesuatu. Namun,saya beranikan diri untuk mengambil inisiatif memulakan kembali atas alasan untuk berterima kasih kerana menolong saya dalam tugasan sebelumnya. Nasihat demi nasihat saya berikan padanya atas alasan ‘sebagai kawan’ walaupun pada hakikatnya saya ingin lebih dari itu. Hari demi hari idea saya berkurangan… Dan akhirnya kami berhenti menghantar e- mel dalam satu jangkamasa yang agak lama. Hendak dipendekkan cerita,kami bertemu lagi atas alasan tugas. Namun kami jarang bercakap seperti dulu. Saya benar- benar terasa dengan sikapnya dan dari situ saya sudah mengangap peluang saya amatlah tipis. Rasanya.. Kami tidak bertegur sapa langsung… Si dia bagai ingin mengelak apabila saya menghampirinya. Tiga hari setelah tamat tugasan,saya menghantar e- mel padanya dengan tajuk selamat tinggal untuk mengucapkan terima kasih atas segalanya kerana banyak membantu saya.Namun… Reply yang saye terima di luar dugaan saya. Dia juga menyimpan perasaan dalam diam terhadap saya. Tak tergambar perasaaan gembira saye pade watu itu. Katenya… Dia terseksa sejak 2 tahun lalu kerana mengharapkan saya… Dan akhirnya…
    Perkenalan dengannya membuatkan saya semakin berani untuk bersosial dengan insan bergelar perempuan ini. Pada saya,kita perlu berubah sendiri dan tidak boleh mengharap perubahan itu datang dengan sendiri. Sekiranya saudara malu untuk berdepan dengan perempuan secara depan- dapan, mulakan dengan perlahan- lahan. Banyak saluran yang boleh saudara guna.
    Walau bagaimanapun,kita perlu berani bersosial kerana masa depan lebih mencabar dari hari ini. Saya pun akan cuba untuk memperbaiki kelemahan diri saya sedikit demi sedikit…

     
  4. writerdruid

    Jun 26, 2007 at 5:43 pm

    Warghh… Panjangnya komen saudara. Macam baca karangan pelajar saya pun ada. Hahahaha🙂 Gurau sahaja. Benar apa yang saudara katakan, saya sokong 100%. Terima kasih kerana sudi singgah sebentar dan menghantar isi- isi yang bernas.

     
  5. Firdaus

    Jun 28, 2007 at 7:49 am

    Muka Tuan Penulis penulis blog ini yang ‘jambu’ membuatkan saya sukar untuk lupa namanya. Walhal saya memang mudah lupa nama orang.😀

     
  6. writerdruid

    Jun 29, 2007 at 3:40 am

    Assalamualaikum Tuan Firdaus, agaknya rupa saya ini seperti buah jambu. Itulah sebab tuan sukar untuk melupakan nama saya. Hahaha🙂 Terima kasih tuan kerana sudi singgah ke blog saya🙂

     
  7. zackhry

    Oktober 25, 2007 at 2:14 am

    saudara,pengalaman yang anda hadapi serupa dengan apa yang saya lalui..di sekolah,saya boleh kira berpa kali saya berckp dgn kaum hawa,itupun rakan sekelas saya.bdk lain lagi la saya tak berani.saya merupakan olahragawan sekolah,jadi saya agak terkenal dan agk rmi peminat.namun,semuanya saya tolak,gara2 tidak mampu berckp dgn kaum hawa.dalam beberapa hari ini,saya amat sukakan seorg gadis.tapi saya kelu,dan tidak berckp sepatah pun w’pun dia dtg beraya di rumah.bolehkah saudara berikan tips untuk hadapi mslh ini?

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: