RSS

Bisnes di Usia 13

26 Jun

Malam tadi, sewaktu saya sedang enak menjamu selera bersama rakan- rakan, kami disapa oleh seorang makcik menjual kuih.

Berusia pada lingkungan lewat 30- an, beliau menyapa setiap orang yang sedang makan untuk membeli kuih.

Saya hanya nampak kerepek dan kuih bahulu dari karung plastik yang beliau bawa. Dalam kepala saya berfikir, bukan semua orang memiliki keberanian untuk mengadakan jualan langsung dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Saya juga mempunyai pengalaman seperti makcik tersebut, pernah bergerak dari satu meja makan ke meja yang lain, merasa betapa peritnya untuk mendapatkan seorang pelanggan membeli kerepek pisang dan kuih bahulu.

Sesetengah budak berumur 13 tahun sibuk meluangkan masa bersama keluarga dan melakukan pelbagai aktiviti bersama rakan- rakan.

Sewaktu saya berumur 13 tahun, saya menolong makcik dan pakcik saya menjual kuih di Damansara Uptown Hawkers Stall.

Kalau saudara tanya apakah matlamat saya menolong makcik dan pakcik untuk menjual kuih, terus- terang saya katakan hanya untuk memenuhi masa lapang dan mendapatkan sedikit wang saku. 

Nenek saya pernah berkata “Kalau budak atau orang tua yang menjual kuih, orang akan cepat beli. Sebab mereka kasihan.”

Pada mulanya saya memang tidak percaya dengan kata- kata beliau, tetapi setelah menjadi penjaja kuih untuk beberapa bulan… Barulah saya percaya kata- kata beliau.

Kalau saya yang pergi menjual, InsyaAllah akan habis terjual sebakul. Seandainya pakcik atau makcik yang pergi menjaja, belum tentu separuh daripada isi bakul tersebut terjual.

Kadang- kadang perasaan malu timbul semasa menjual, takut rakan sekolah nampak. Walau bagaimanapun atas dasar kerja, saya teruskan jua.

Dalam pemerhatian saya sewaktu menjual kuih dan kerepek, saya perasan bangsa Cina gemar memakan kuih bahulu. Biasanya kuih ini yang habis dulu.

Ada di kalangan peniaga makanan menyarankan saya menjual selepas pukul 12 malam kerana orang lebih ramai pada waktu tersebut, tetapi ibu mengehadkan masa saya bekerja hanyalah sampai 11 malam.

Kadang- kadang apabila menjual kuih, ada peniaga yang baik hati memberikan saya makanan percuma.

Pelanggan yang membeli pula adalah daripada pelbagai kaum. Kalau bernasib baik, ada pegawai- pegawai MPPJ yang membuat rondaan turut membeli kuih dan terdapat juga peniaga VCD cetak rompak menjadi pelanggan tetap kuih yang saya bawa.

Apabila peperiksaan akhir tahun mula menjengah, saya berhenti menjual kerana ingin menumpukan pada pelajaran, biarlah makcik dan pakcik saya menguruskan perniagaan mereka sendiri.

Tidak sangka… Selepas saya berhenti, masih ada pelanggan dan peniaga makanan di Uptown bertanyakan tentang saya. Bertanya ke mana hilangnya ‘budak kerepek’ dan kuih- muih yang beliau bawa…
   

 
4 Komen

Posted by di Jun 26, 2007 in Kisah Hidup

 

4 responses to “Bisnes di Usia 13

  1. InsanBiasa

    Jun 27, 2007 at 2:27 am

    Saya tabik sikap saudara…Tidak ramai kanak- kanak sebaya saudara sanggup menebal muka menjual kuih secara langsung lebih- lebih lagi di zaman ‘serba moden’ ini. Mereka lebih gemar menghabiskan masa mereka di hadapan komputer ataupun bermain besama rakan yang lain. Mungkin ada yang berkata….”Zaman kanak- kanak perlu enjoy kerana apabila usia meningkat, kseronokan untuk bermain sudah terhalang dengan pelbagai masalah”. Namun, pengalaman yang saudara timba,walaupun sedikit,akan membuatkan saudara matang lebih awal.
    Saya percaya jika saudara pernah melihat rancangan ‘Bersamamu’,perasaan sebak pasti akan menyelubungi diri. Samalah halnya dengan saya. Namun, saya cukup tertarik apabila melihat kematangan anak- anak keluarga orang susah mengharungi liku- liku hidup yang penuh mencabar. Mereka sanggup berkerja dan tidak bersekolah semata- mata untuk membantu meringankan beban ibu bapa mereka. Kerja pun..kerja yang susah- susah, dan upah yang diperolehi sudah tentulah tidak berbaloi…Namun cukup untuk menyara hidup.Namun dari situ…Sudah terlihat sinar kematangan dari wajah mereka. Jika ingin dibandingkan dengan muda mudi zaman sekarang,yang alpa dengan keseronokan dunia…Bagai langit dan bumi. Benarlah…. Kehidupan yang susah mematangkan kita dengan lebih awal,manakala kesenangan mengalpakan kita. Tidak… Saya tidak katakan yang kesenangan itu tidak bagus..Jika saudara dilahirkan dalam keluarga yang senang/mewah tidak ada salahnya. Malah saudara perlu bersyukur pada Tuhan.Apa yang saya maksudkan,mereka yang dibuai kesenangan mudah alpha dengan kemewahan yang mereka perolehi…. Namun sekiranya mereka bijak mengawal diri, tidak ada salahnya….
    Jadi…pengalaman yang saudara timba itu,walaupun remeh di mata orang lain..Tetapi percayalah, amat berguna di hari muka.Bersyukurlah saudara….Sampai di sini sajalah coretan saya,harap kita dapat bersua lagi di masa akan datang……

     
  2. writerdruid

    Jun 27, 2007 at 4:07 am

    Terima kasih saudara kerana memberikan satu pandangan yang berisi

     
  3. dieya_feila

    Ogos 15, 2007 at 5:13 am

    Saya juga ada pengalaman sebegitu.. Di usia 13 tahun hingga 14 tahun… Mencari duit saku untuk memenuhi impian ingin membeli jam tangan, saya berniaga kacang yang dicampur dalam satu plastik dan jual kepada kawan- kawan sekelas.. Akhirnya saya dapat beli jam tangan, malah kasut sekolah baru.. Di situ bermulanya minat saya dalam bisnes…

     
  4. writerdruid

    Ogos 18, 2007 at 4:43 am

    Semoga bisnes saudari sukses selalu!

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: