RSS

Bagaikan Roda Yang Berputar

28 Jun

“Hidup ini umpama roda yang berputar. Sekejap kita di atas, sekejap lagi kita di bawah.”

Pernah saudara terdengar kata- kata di atas sebelum ini? Dapat tangkap mesej dari kenyataan tersebut? Pada pendapat saya, nasib kita ini tidak selalunya elok. Ada kala kita bernasib baik, ada kala kita menerima nasib sebaliknya.

Pada minggu ini sahaja, lima buah berita saya ditolak oleh editor. Daripada tujuh yang dihantar, hanya dua sahaja yang diterima masuk. Saya sudah bekerja di pejabat ini hampir setahun, inilah kali pertama saya menerima tamparan sehebat ini dalam dunia penulisan.

Apabila ditanya apakah sebab berita saya ditolak, si editor menyatakan banyak sangat isi penting yang saya tertinggal. Andai kata saya telah mempelajari subjek berkaitan penulisan berita, InsyaAllah masalah ini tidak berlaku. Jadi, selepas ini haruslah ada pembaharuan.

Dalam minggu yang sama juga, kerja untuk persatuan juga menimbun. Memang kebanyakan kerja tersebut hanya memerlukan kemahiran ‘copy& paste’, tetapi saudara hanya dapat merasa pengalaman sebenar kerja ini seandainya saudara berada di tempat saya.

Sudahlah buat kerja ini seorang diri di bilik, tanpa ditemani rakan berbual ataupun rakan untuk menolong. Pada waktu ini, semua pelajar di UIAM sedang menikmati cuti di rumah masing- masing. Saya meminta salah seorang rakan untuk membantu, namun beliau juga mempunyai komitmen sendiri.

Akhirnya, 80% kerja ini saya lakukan seorang diri. Penat? Saya lebih rasa penat kalau semua kerja ini tidak siap. Saya lebih rasa penat mendengar orang atasan membebel pelbagai isu kalau kerja ini tergendala. Mungkin saudara bertanya kerja apa yang banyak sangat itu…

Sampai masa, saya akan beritahu. Semua kerja yang dilakukan sekarang adalah untuk program pada bulan Julai 2007. Nantikan kemunculannya. Hehehehe. Jangan bimbang, saudara dijemput hadir ke program kami. Tunggu ye…

Pada minggu ini juga, saya telah dinaikkan pangkat. Apabila sudah dinaikkan pangkat, secara tidak langsung gaji yang saya terima akan naik juga. Alhamdulillah, kerja tidak sampai setahun sudah menerima kenaikan pangkat dan upah.

Berapa jumlahnya? Maaf, saya tidak dapat beritahu. Yang saya boleh nyatakan ialah upah yang saya terima ini cukup untuk menampung perbelanjaan makanan dalam sebulan.

Kadang kala, saya merasa Tuhan ini tidak adil kepada hamba- Nya. Apabila direnungkan kembali, barulah saya faham kenapa kadang- kadang saya bernasib elok dan kadang- kadang nasib sebaliknya.

Kalau sentiasa bernasib baik, diri ini akan senantiasa dimanjakan. Pengalaman yang tidak elok harus datang seiring dalam menjadikan kita matang dari semasa ke semasa. Nasib yang tidak elok juga mengajar agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama di masa hadapan.

     

 
3 Komen

Posted by di Jun 28, 2007 in Kisah Hidup

 

3 responses to “Bagaikan Roda Yang Berputar

  1. InsanBiasa

    Jun 28, 2007 at 5:51 am

    Tuhan tidak akan memberi ujian pada hambanya dengan sia-sia. Ada hikmah di sebalik peristiwa malang yang menimpa. Jadikan ia satu peluang..Jadikan ia sebagai perangsang untuk terus maju ke hadapan…
    Lihatlah bagaimana kisah J.K. Rowling dalam usaha untuk menerbitkan karya terkenalnya, Harry Potter. Berbelas- belas syarikat penerbitan menolak mentah- mentah usaha beliau. Namun berkat kegigihannya dan sikap beliau yang tidak putus asa menyebabkan dunia terpaku dengan karyanya. Hinggakan karya yang dulunya pernah menjadi bahan ejekan serta kritikan kini gah ditayangkan di pawagam- pawagam besar seluruh dunia. Jadi, saudara perlulah terus berusaha dan berusaha. Jadikan kegagalan itu sebagai satu perangsang untuk ke hadapan.
    Allah juga pernah berfirman dalam surah Alam Nasyrah, ayat 5, “Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. Dan ayat yang sama diulang kembali dalam ayat ke- 6 …Ini menunjukkan betapa kita perlu berusaha dan tidak hanya duduk menanti retak. Janganlah kita terlalu memikirkan apa yang telah berlaku…Jangan jadikan peristiwa semalam sebagai satu igauan,namun jadikan ia sebagai satu tauladan.We learn from what happened yesterday,we plan for what we want to be for tommorow, but we live our life at present. So… Do your best.Hidup tidak selalunya indah…Dan itulah erti sebuah kehidupan.Teruskan usaha saudara.

     
  2. Zamri Mohamad

    Jun 28, 2007 at 3:20 pm

    Pada minggu ini sahaja, lima buah berita saya ditolak oleh editor. Daripada tujuh yang dihantar, hanya dua sahaja yang diterima masuk. Saya sudah bekerja di pejabat ini hampir setahun, inilah kali pertama saya menerima tamparan sehebat ini dalam dunia penulisan.

    Bagus-bagus, ia mendidik hati kita agar kita ingat bahawa kita bukan bagus sangat dan perlukan sesuatu untuk belajar lagi dan lagi . Ia mengajar kita jangan terlalu seronok tetapi terus fokus setiap kali berita diterima.

    Sabtu lalu saya juga dididik oleh penerbit tentan hal yang sama untuk projek buku seterusnya.

    Saya sampai kini ada juga kena tolak sana sini. Tahun 2003, manuskrip 400 muka surat ditolak oleh penerbit terkenal sebelum saya menyertai PTS.

    Hmm penulisan di akhbar sudah ditolak lebih 15 kali.

     
  3. writerdruid

    Jun 29, 2007 at 3:57 am

    Saya sangkakan nasib saya sudah teruk, rupanya ada lagi orang menerima nasib yang lebih teruk daripada saya. Terima kasih saya ucapkan kerana memberi nasihat tentang erti sebenar sebuah kehidupan. Terima kasih kepada Tuan Zamri dan Saudara Insan Biasa.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: