RSS

Demam Seorang Budak Taska

28 Jun

Hazwan (bukan nama sebenar) sudah empat hari tidak mandi, bukan sebab tidak mahu mandi tetapi ditegah oleh ibu bapa beliau kerana menghidap demam. Sesampai sahaja di taska ibu saya, ibu Hazwan berkata “Mandikan dia, kak. Sudah empat hari Hazwan tidak mandi.”

Hazwan merupakan seorang budak berumur lima tahun dan merupakan anak tunggal kepada pasangan Herman (bukan nama sebenar) dan Lina (bukan nama sebenar) yang membuka bisnes sendiri di ibu kota.

Saya tidak tahu mengapa seorang budak berusia lima tahun yang sedang demam tidak dibenarkan mandi selama empat hari… Saya melayari Internet mencari segala cabang ilmu tentang demam. Alhamdulillah, pencarian saya berakhir dalam masa yang singkat sahaja.

Salah satu tindakan yang patut diambil apabila saudara menghidap penyakit demam, eloklah mandi di awal pagi sekali tetapi jangan duduk terlalu lama di dalam bilik air kerana takut demam akan melarat.

Sebelum Maghrib, mandi sekali lagi dengan mencurahkan sedikit sahaja air ke badan. Kalau suhu badan panas sangat (mencecah 38 darjah Celcius), mandilah secara berjelum (lap di badan). Minumlah air masak dengan banyak.

Tiada pula saya jumpa tips yang menyatakan jangan mandi selama berhari- hari seandainya saudara demam. Mungkin selepas ini, pihak yang bertanggungjawab boleh mengadakan kursus penjagaan anak kepada ibu bapa supaya perkara sebegini tidak berlaku kepada pasangan lain.

Herman dan Lina amat mengambil berat akan Hazwan. Setiap hari pukul 1 tengah hari dan 4 petang, sama ada si suami atau si isteri akan menelefon ibu saya untuk bertanya tentang anak kesayangan mereka sampai ibu pun naik bosan.

Elok kita mengambil berat akan seseorang, terutamanya anak kita sendiri. Namun, biarlah bertempat. Menelefon sekali, dua kali atau empat kali dalam seminggu sudah cukup memadai.

Kalau sehari menelefon berkali- kali dan bertanya tentang anak, secara tidak langsung ibu dan ayah Hazwan menyusahkan kerja ibu saya dalam menjaga dan mendidik 39 kanak- kanak yang lain.

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di Jun 28, 2007 in Diari PDAJ

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: