RSS

Pertemuan Catur Dengan Aku

29 Jun

Pernah saudara dengar permainan ‘chess’ atau dikenali juga sebagai ‘catur’? Mahir dalam permainan tersebut? Rakan sebilik saya yang bernama Wan amat gemar bermain permainan ini.

Sehinggakan beliau mempunyai sebuah buku tersendiri yang mengajar pembacanya untuk mengatur strategi dan taktik dalam permainan tersebut.

Di awal perkenalan kami berdua, saya dengan nada berlagak bercampur gurau sengaja mencabar beliau dalam permainan ‘chess’.

Apabila saya mendapat tahu beliau sudah berkali- kali mewakili universiti dalam perlawanan catur, saya terkedu sebentar.

Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Rupanya saya sudah silap ‘pancing’ lawan. 

Arwah ayah saya merupakan orang yang pertama mengajar saya tentang perlawanan ‘chess’. “Setiap buah catur, mempunyai pergerakan tersendiri.”

“Daripada setiap pergerakan inilah, kita atur strategi yang berlainan untuk menang,” Itulah pesan arwah ayah sewaktu mengajar saya bermain permainan ini.

Setelah beliau meninggal dunia, saya melatih diri sendiri untuk menang permainan ini. Di sekolah menengah, saya mencampurkan strategi daripada pelbagai pihak lawan menjadi satu taktik yang menjadikan saya antara pemain chess Melayu yang disegani oleh rakan dan lawan.

Memandangkan majoriti pelajar di sekolah saya adalah dari berbangsa Cina, ia memudahkan saya untuk mempelajari skill yang baru setiap hari. Saya masih ingat, semua ini berlaku di akhir tahun 2000.

Sekarang, semua strategi dan taktik sudah berkarat kerana sudah lama saya tidak bermain permainan tersebut. Kalau pergerakan asas, bolehlah.

Untuk menyusun taktik, agaknya saya memerlukan sebuah buku mengenai permainan ‘chess’ untuk ‘menghidupkan’ kembali apa yang telah saya tinggalkan.       

Rasa terkilan juga kerana bakat seperti itu habis begitu sahaja kerana sudah lama tidak mempraktikkan di dalam kehidupan. Teringat pula kata- kata ini “Umpama ilmu yang dipelajari tanpa amal di dalam kehidupan.”

Saudara, permainan ‘chess’ berasal dari negara purba India tetapi permainan yang ada sekarang telah dibangunkan di Parsi.

Dari Parsi, permainan ini diketengahkan sehingga ke Eropah. Pada abad ke- 10, ‘chess’ telah pun sampai ke Negara Matahari Terbit.

Salah sebuah buah catur yang diberi nama ‘castle’ juga dikenali sebagai ‘rook’. Perkataan ‘rook’ berasal dari bahasa Parsi yang membawa maksud pahlawan berkuda.    

 
1 Komen

Posted by di Jun 29, 2007 in Kisah Hidup

 

One response to “Pertemuan Catur Dengan Aku

  1. InsanBiasa

    Jun 30, 2007 at 5:13 am

    Mmm.. Saya terpanggil untuk memberi komen di ruangan kali ini memandangkan saya juga gemar bermain permainan ini. Ada yang mengatakan catur merupakan permainan yang paling kompleks sekali hinggakan beberapa perumpamaan mengaitkan pemainan ini simbolik dengan kehidupan kita yang serba mencabar ini. Jika ditinjau,bilangan buku catur yang dihasilkan jauh mengatasi bilangan mana-mana buku sukan yang ada. Di Malaysia,mungkin anda semua tidak merasainya kerna permainan ini masih di peringkat bertatih di negara kita. Namun jika anda ke luar negara.. Lain pula halnya. Malaysia secara umumnya menduduki rangking ke 85-90 antara 113 buah negara.Russia merupakan gergasi permainan ini,dan ditemani negara- negara seperti German,Ukraine,China,Eropah dan Amerika Syarikat. Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai pertandingan catur yang dianjurkan di Malaysia,bolehlah kiranya anda melawat http://www.stonemaster.biz atau http://www.gilachess.com. JIka anda ingin mengetahui perkembangan catur di dunia,laman web http://www.chessbase.com adalah tempat yang paling sesuai. Di Malaysia.. Kebiasaanya kaum Cina merupakan majoriti di mana- mana kejohanan catur yang dianjurkan. Pemain catur no.1 dunia pada waktu sekarang ialah Vladimir Kramnik dari Russia.
    Permainan catur memerlukan kosentrasi yang amat tinggi berbanding permainan lain. Jika anda bermain bolasepak,ragbi,atau apa sahaja bentuk permainan fizikal,di akhir permainan anda akan berasa letih. Namun letihnya cenderung kepada letih dari segi fizikal sahaja. Lain halnya apabila anda bermain catur (di dalam pertandingan),minda khususnya dan fizikal anda amnya (duduk yang lama amat memenatkan) akan teruji. Ada perumpamaan yang mengatakan, “jika anda letih tubuh badan,minda anda masih boleh bertahan,namun jika anda letih minda,tubuh badan anda akan turut letih bersama”. Namun saya sarankan pada mereka yang ingin bermain catur, pergilah bersenam,jangan hanya bermain catur sahaja kerana ia dapat membuatkan badan anda menjadi lemah akibat kurangnya pergerakan.Keep yourself fit always.
    (PENTING!!)Saya ingin memperingatkan, kepada sesiapa yang bermain catur… Berhati-hatilah,kerana permainan ini dapat membuat anda leka. Jangan bermain sekiranya anda belum solat (bagi Muslim). Seelok-eloknya,bermainlah menggunakan jam catur (jam khas yang direka) agar tempoh anda bermain terkawal. Anda boleh bermain,tapi pastikan anda tidak mengabaikan kewajiban anda kepada Tuhan kerana itu merupakan prioriti dalam kehidupan kita. Apa yang saya katakan di atas tidak hanya khusus pada permainan catur,namun apa sahaja bentuk permainan seperti video games,bola dan sebagainya. Janganlah terlalu asyik bermain. Berpada-padalah apabila anda bermain. Jangan kerana nila setitik,rosak susu sebelanga. Jangan jadikan catur atau apa sahaja jenis permainan sebagai keutamaan dalam hidup. Banyak lagi perkara yang kita perlu lakukan di dunia ini. Ingatlah …Dunia ini hanyalah sementara….Perbanyakkanlah bekalan kita untuk hari akhirat..
    Salam ukhuwah.. Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: