RSS

Monthly Archives: Julai 2007

Aliff Melepaskan Jawatan dari PR?

Ah, ada seorang part- timer baru sahaja melangkah masuk ke pejabat hari ini… Rupanya, senior saya bernama Hanan (bukan nama sebenar) menjadi part- timer tersebut.

Dulu beliau membuat praktikal di Malay Mail, setelah tamat di sana maka tiada kerja.

Oleh itu, bos saya telah ditawarkan untuk menerima seorang pekerja baru. Read the rest of this entry »

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di Julai 31, 2007 in Dari Kamar Office

 

Wartawan dan Aishah R.A.

Sudah hampir akhir bulan Julai rupanya.. Cepat sungguh masa bergerak. Apabila bulan Ogos menjengah, maka acara konvokesyen bakal menjelang tiba dimana acara ini memang ditunggu- tunggu oleh sebahagian pelajar di kampus ini.

Maklumlah, sesetengah pihak menganggap tibanya hari konvokesyen bermaksud sudah tiba hari untuk mereka berhenti belajar.

Ada yang ingin menyambung pengajian tidak kurang juga yang ingin berhenti belajar buat selama- lamanya.

Sesetengah pihak gembira, saya pula berada dalam keadaan resah dan gelisah. Mengapa? Read the rest of this entry »

 
4 Komen

Posted by di Julai 30, 2007 in Kisah Hidup

 

Memori Di Sebalik BMW Shorties Screening

Setelah empat bulan saya dan rakan yang lain berhempas- pulas mengeluarkan keringat, masa dan wang demi menjayakan program ini, akhirnya tamat jua program ini.

Kenangan manis dan pahit semasa program, terlalu banyak untuk diceritakan, terlampau kompleks untuk digambarkan.

Program kami yang berjalan selama dua malam berturut- turut, menemukan saya dengan teman- teman baru.

Teman yang datang dari jurusan yang berbeza, yang tinggal di kolej yang berbeza, namun datang dan berkumpul dengan satu semangat yang sama iaitu untuk mencipta kejayaan bagi program ini.

Mengambil dan bertukar nombor telefon? Hehehe, itulah pertanyaan dari rakan sebilik saya. Ahli jawatan kuasa yang lain ada yang buat sebegitu tetapi saya tidak sempat buat sedemikian. Sibuk sedikit.

Pengalaman pada malam pertama program, kami menerima ujian yang tidak diduga sama sekali. Program seumpama ini merupakan yang pertama di UIAM.

Rasa bangga pun ada namun masalah biasanya timbul pada hari pertama program. Read the rest of this entry »

 
7 Komen

Posted by di Julai 27, 2007 in Kisah Hidup

 

Countdown BMW ke UIAM

Cuma tinggal beberapa jam sahaja sebelum program BMW Shorties Screening bermula esok. Saya yang menjaga bahagian Protokol dan Jemputan mula terasa penatnya.

Sudah beberapa hari saya tidak mendapat tidur yang cukup, akibat daripada penangan kerja yang diberikan pensyarah, berita yang saya perlu siapkan untuk dihantar kepada editor dan kerja untuk program ini.

Makan, tidak usah cerita. Memang saya tidak menjaga pemakanan saya sejak bermulanya program ini. Disebabkan kerja, biasanya saya lebih rela membiarkan perut ini bersiul meminta makanan.

Tugas sebagai Ketua Protokol dan Jemputan bukan suatu tugas yang mudah. Walaupun hanya bertugas sebagai menjemput sahaja, ternyata ia benar- benar menduga kesabaran saya. Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di Julai 25, 2007 in Kisah Hidup

 

‘Stetoskop’ Mula Berkata…

Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah menemani adik saya ke klinik. Rupanya gusi beliau sudah membengkak. Takut pula apabila saya melihat keadaan gusi beliau itu.

Gusi bengkak boleh dikategorikan sebagai salah satu penyakit. Doktor yang kami temui pada hari tersebut sememangnya pakar dalam bidang yang beliau bekerja. Apabila kami berbual, lepas satu- persatu topic kesihatan yang beliau ceritakan.

Terasa diri ini kurang ilmu pula. Beliau menyentuh satu aspek tentang cara hidup kita sebagai rakyat Malaysia yang menyebabkan saya teringat kisah seorang menteri luar negara yang terperanjat melihat gaya hidup kita sebagai rakyat Malaysia.

Menteri tersebut terperanjat melihat gerai- gerai makanan di Malaysia ada yang dibuka sehingga lewat malam, ada juga yang membuka 24 jam sehari. Malah, ada juga klinik yang dibuka 24 jam sehari. Mengapa dibuka untuk suatu jangka masa yang lama? Read the rest of this entry »

 
4 Komen

Posted by di Julai 24, 2007 in Kisah Hidup

 

Lelaki Didominasi Wanita

Tengah hari tadi, saya pergi ke sebuah pusat tuisyen di UIAM sekadar jalan- jalan dan meninjau ap yang ada di sana. Ternampak pula iklan untuk menyertai pertandingan menulis esei anjuran pusat tuisyen tersebut.

Rasa berminat pula untuk menyertai. Pertandingan tersebut terbuka kepada semua pelajar ijazah UIAM, dan kertas pendaftaran mesti diisi oleh setiap peserta yang ingin mengambil bahagian.

Saya sengaja buat- buat menyibuk untuk melihat jumlah peserta yang telah mendaftar di dalam pertandingan menulis itu. Lega juga melihat kerana hanya 18 pelajar sahaja sehingga tengah hari tadi.

Benar, jumlah ini boleh meningkat pada bila- bila masa sahaja. Rasa lega kerana harap tidak mempunyai persaingan sengit, senang sikit hendak menang hadiah. Hehehehe…

Daripada 18 peserta, hanya seorang sahaja lelaki yang mendaftar. Baki lagi 17 pelajar adalah didominasi oleh golongan wanita. Mana perginya spesies saya ini? Tidak mungkin sudah pupus. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Julai 23, 2007 in Kisah Hidup

 

Kesibukan Bertambah, Tekanan Sifar

Pernah melihat filem “Singapura Dilanggar Todak”? Dapat saudara gambarkan bagaimana huru- haranya keadaan Singapura  ketika itu apabila diancam ikan todak? Semuanya kelam- kabut bukan?

Hari ini sememangnya suatu hari yang memenatkan, dan kacau- bilau. Itulah jawapan yang boleh saya berikan, jawapan yang boleh saya gambarkan mengenai keadaan di pejabat saya hari ini.

Masakan tidak kacau- bilau, pada hari esok UIAM akan menerima kehadiran Sultan Pahang. Untuk acara apa? Untuk program kolokium bersempena menyambut 50 tahun kemerdekaan negara.

Memang kelam- kabut hari ini, saya melihat pekerja- pekerja senior di sini berlari ke sana- sini.Sekejap berlari ke mesin faks, sekejap lagi berlari ke mesin photostat. Panggilan telefon tidak henti- henti berdering dari pagi sehingga ke petang. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Julai 20, 2007 in Dari Kamar Office