RSS

Disakat Makhluk Halus

02 Jul

Sejak kebelakangan ini, pelbagai syarikat perfileman dari dalam dan luar negara sibuk menayangkan filem- filem seram. Ada cerita seram dari Asia diangkat menjadi cerita seram dan ditayangkan di dunia Hollywood dalam versi mereka.

Dalam bentuk lain seperti CD dan VCD, bersepah cerita seram yang kita boleh jumpa di pasaran. Media tempatan seperti TV3 juga sedang rancak menayangkan cerita seram. ‘Susuk’, ‘Nek Nak’ adalah contoh daripada ribuan cerita seram yang kita boleh tonton.

Saya masih ingat ketika berusia 7 tahun, saya menonton sebuah filem seram dari Indonesia bertajuk ‘Misteri Mak Lampir’. Kalau tidak salah, filem tersebut adalah lakonan Suzanna. Saya pun tidak ingat siapa yang gatal sangat pergi pasang filem tersebut.

Akibatnya, selama seminggu saya mengingau dan bermimpi tentang filem tersebut. Tiga hari tiga malam saya tidak dapat tidur kerana takut sangat. Hendak pergi ke tandas pun memerlukan orang untuk temankan saya. Kalau orang lain mandi tutup pintu, saya mandi dengan pintu terbuka dek kerana takut.

14 tahun sudah cerita itu berlalu. Apabila saya teringat kembali, saya ketawa seorang diri. Tidak sangka, diri ini penakut rupanya dulu. Hehehe.

Namun sehingga kini saya tidak akan melupakan sebuah peristiwa seram yang berlaku kepada saya dan rakan- rakan. Agaknya disebabkan kami ini sombong dan bongkak sangat, sebab itulah kami semua mendapat pengajaran masing- masing.

Sewaktu saya dan rakan- rakan berada di Tingkatan 2, kami telah dicabar untuk tidur di sebuah surau yang sudah pun uzur usianya di sebuah sekolah lama. Penduduk di kawasan tersebut berkata surau itu berhantu. Sudahlah kami tidak percaya, berlagak pula.

Disebabkan perangai itulah, kami dicabar untuk tidur di surau yang berhantu itu. Akhirnya, kami setuju. Memang pada malam tersebut kami tidak diganggu apa- apa. Namun, cerita sebenar berlaku keesokan harinya.

Apabila kami berempat bangun pada keesokan pagi, kami semua berasa terkejut. Pada malam tadi kami tidur di surau lama, pagi itu kami terjaga di tengah padang sekolah.

Moral dari cerita tersebut adalah kami tidak sepatutnya berlagak dan peringatan sebenar adalah makhluk halus ini wujud cuma kita tidak nampak kewujudan mereka.

Sehingga ke akhir hayat, belum tentu saya akan melupakan kisah tersebut. Seram juga bila teringat kembali. Hehehe 

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di Julai 2, 2007 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: