RSS

Peringatan Untuk Blogger

02 Jul

Baru- baru ini, saya telah mengunjungi blog seorang rakan. Tidak sangka, setelah saya menunggu berbulan- bulan lamanya baru minggu lepas beliau mengemas kini blog beliau.

Sebuah entri yang terletak di atas sekali menyatakan begini : Kawan aku tegur… “Wei Jai (bukan nama sebenar). Bile lagi ko nak update blog ko nie…Aku baca blog ko, best pulak crite2nye…jgn biarkan ianye terkubur ye…” Huhu…okay my fren… hari ni permintaan ko aku tunaikan.

Rasa seperti sayalah yang membebel dialog tersebut kepada beliau. Sama ada saya atau orang lain, itu bukan isu utama. Saya lebih berminat untuk berkongsi cerita dengan saudara tentang blog.

Sebuah kajian dijalankan oleh Perseus Development Corporation mendapati 2.72 juta blog telah ditinggalkan selepas dua bulan dibina. Malah, sebanyak 1.09 juta blog telah ditinggalkan setelah sehari dibina. Setiap hari, 40,000 buah blog dibangunkan.

Perangai rakan saya yang mengambil masa berhari- hari lamanya untuk mengemas kini blog membuatkan perasaan saya sebagai seorang blogger sedikit terganggu. Saya faham setiap orang mempunyai komitmen tersendiri, tapi sekurang- kurangnya beliau haruslah mengemas kini blog beliau sekali dalam masa tiga hari.

Tuan Rosli Jamal menyatakan di dalam buku beliau bertajuk ‘Blog, Blogger, Blogging’ seorang blogger harus menghantar kandugan blog dengan kerap. Dalam erti kata lain, blogger mesti menetapkan jadual tempoh masa bagi menghantar kandungan blog mereka.

Jai, seandainya saudara sedang membaca artikel ini ubahlah tabiat. Rajin- rajinlah mengemas kini blog saudara. Apabila sudah mempunyai pengikut setia, jagalah mereka.

Saya sedar saya ini masih kurang pengalaman di dalam dunia blog, tetapi seandainya rakan saya membuat kesilapan saya akan cuba membetulkan beliau. Tiada istilah sempurna untuk kita, istilah tersebut hanya untuk Tuhan sahaja.

Setiap orang melakukan kesalahan. Oleh itu setiap orang harus nasihat- menasihati antara satu sama lain.

Mesej yang tersirat di dalam artikel ini bukan sahaja ditujukan untuk Jai seorang, tetapi untuk semua blogger yang mempunyai masa yang terhad untuk mengemas kini blog.

Setiap hari ribuan, malah jutaan blog dibina. Saudara haruslah berusaha sedikit untuk menjadikan blog saudara menarik kepada setiap pengunjung yang melawat blog saudara setiap hari.

 

 

 
2 Komen

Posted by di Julai 2, 2007 in Cerita Teman

 

2 responses to “Peringatan Untuk Blogger

  1. Tanpa Nama (bukan nama sebenar)

    Julai 3, 2007 at 8:57 am

    Jai itu nama sebenar ke bukan nama sebenar?

     
  2. writerdruid

    Julai 3, 2007 at 9:54 am

    Bukan nama sebenar. Minta maaf saudara kerana lupa untuk menyatakan di artikel tersebut. Terima kasih kerana sudi memberitahu saya.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: