RSS

Tekanan Seorang Tutor

02 Jul

Sedar tidak sedar, kita sudah pun memasuki bulan Julai di dalam tahun 2007. Maka, sudah genap setahun dan enam bulan saya menjadi tutor kepada adik- adik dan sepupu saya. Saya memulakan kerjaya sebagai seorang tutor yang mengajar Bahasa Inggeris dan Matematik.

Kini, beban sudah bertambah. Emak mengarahkan saya mengajar adik saya yang keempat, Aqil subjek Sains. Dengan masa yang tinggal kurang daripada tiga bulan sebelum peperiksaan UPSR bermula, saya harap saya mampu mengajar adik saya sebaik mungkin.

Kalau hendak diikutkan hati, sudah lama saya ingin berhenti daripada tugas berat ini. Setiap kali saya ingin mengajar, adik- adik saya akan berpura- pura tidur, makan, sakit perut dan macam- macam ragam lagi yang mereka lakukan semata- mata untuk mengelak kelas tuisyen.

Adik saya yang paling bongsu, Aqmal pernah menangis kerana tidak mahu tuisyen langsung. Apalagi, emak pun mengamuklah. Sambil buat kerja, mata beliau merah menyala menahan air mata dan sebak kerana tuisyen. Hai… Aqmal, Aqmal…

Baru- baru ini, seorang rakan meminta saya mengajar adik- adik beliau Bahasa Inggeris. Seorang akan menduduki peperiksaan PMR tahun ini dan seorang lagi berada di Darjah Tiga.

Kalau boleh, saya memang ingin mengajar mereka pada hujung minggu. Namun, perkembangan pelajaran adik saya perlu diutamakan dahulu.

Malah, kemungkinan besar saya terpaksa membataskan gerak kerja persatuan selepas ini untuk menumpukan perhatian kepada adik saya. Komitmen yang diberikan mungkin tidak dapat capai tahap 100 peratus.

Emak tidak meletakkan sasaran bagi beliau untuk mendapatkan semua A dalam subjek utama (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik). Emak cuma berharap Aqil akan mendapatkan A untuk Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sahaja.

Emak pernah berkata seandainya Aqil tidak berjaya kali ini, beliau turut menyalahkan diri sendiri kerana tidak membekalkan didikan sepenuhnya untuk Aqil.

Saya yang bertugas sebagai guru tuisyen Aqil… Sedikit sebanyak saya dapat merasa tekanan yang bakal saya hadapi untuk menjadikan impian ibu sebuah kenyataan. 

Dengan masa yang terhad, saya berfikir sendiri, mampukah saya mendidik adik sendiri untuk mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan?

 

  

 
Tinggalkan komen

Posted by di Julai 2, 2007 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: