RSS

Kecantikan dari Dalam

03 Jul

Rahmat (bukan nama sebenar) tergila- gilakan Azimah (bukan nama sebenar) sungguh pun Azimah tidak habis- habis mengatakan bahawa beliau mempunyai pelbagai kelemahan.

Kadang- kadang, Azimah berkata “Apalah yang menarik tentang diri saya ini? Sudahlah gemuk, tidak cantik pula.”

Setiap kali Rahmat menerima jawapan ini, beliau akan berkata “Mungkin orang lain nampak awak biasa sahaja. Saya nampak awak menarik. Kalau mereka hendak melihat awak menarik, mereka mestilah melihat daripada mata saya.”

Begitulah cerita yang saya terima dari Rahmat malam tadi. Hampir dua jam mendengar beliau meluahkan perasaan tentang perhubungan kompleks beliau dengan Azimah. Dari satu sudut, saya nampak si dara juga menyukai si teruna.

Namun, disebabkan si dara merasakan diri beliau tidak layak untuk berada di sisi si teruna lantas si dara menjauhkan diri dan memberi pelbagai alasan, alasan yang hanya menyentuh faktor luaran diri beliau sahaja.

Mungkin rakan saya ini tertarik kepada wanita tersebut kerana melihat daripada sudut dalaman, wallahualam. Kadang- kadang, kita selalu lupa unsur dalaman diri kita yang menjadikan kita menarik atau tidak menarik.

Unsur dalaman saudara boleh menjadi menarik andainya saudara memiliki budi pekerti yang baik, dan budi yang baik datang dari hati yang baik.

Rasulullah SAW pernah bersabda “Dalam diri manusia terdapat segumpal daging, sekiranya daging itu baik, baiklah juga seluruh manusia. Sekiranya ia busuk, maka busuklah seluruh manusia. Daging itu adalah hati.”

Kepada saudari Azimah, saya harap saudari membaca artikel ini.

Pada pendapat saya, rakan saya yang bernama Rahmat itu tertarik kepada saudari kerana beliau menitik beratkan unsur dalaman. Beliau lebih tertarik dengan diri saudari daripada faktor luaran saudari.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Julai 3, 2007 in Cerita Teman

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: