RSS

Tension! Tension! Tension!

04 Jul

Kerja, kerja, kerja, rupanya cuti saya sudah hampir habis. Minggu depan, bermulalah semester baru. Tibalah masa untuk belajar. Setelah dikira- kira, saya pun tidak pasti entah berapa hari saya gunakan untuk bercuti.

Tension! Tension! Tension!” Itulah kata- kata yang saya boleh ungkapkan untuk masa ini. Sudahlah cuti terpaksa dikorbankan, masa, tenaga dan duit sudah banyak ‘dilaburkan’ semata- mata untuk menyiapkan kerja di pejabat.

Rakan yang menolong saya menyiapkan kerja sudah mula tidak tahan dengan perangai orang atasan kami. Biarlah saya panggil beliau Wan. Sedangkan saya yang melakukan tugas yang lebih banyak dan berat tidak membebel banyak seperti beliau.

Agaknya, kesabaran Wan telah pun mencapai tahap maksimum.

Agaknya Wan sudah tidak tahan dengan kerenah birokrasi orang atasan, terkeluar dari mulut beliau kata- kata sebegini “Kalau aku, nak je aku tumbuk muka dia lepas itu aku terus berhenti dari kerja ni.” Sabar Wan, sabar.

Tugas saya dan Wan adalah menjemput dan menjaga tetamu yang akan hadir ke program kami bulan depan. Secara jujurnya, kami menjemput lebih 100 wakil dari pelbagai syarikat di sekitar Lembah Klang.

Dengar, mungkin saudara akan berfikir “Alah, senangnya kerja. Setakat jemput- jemput je.” Duduk di tempat kami berdua, barulah saudara tahu bagaimana peritnya pegang jawatan penting seperti ini.

Sudahlah kami melakukan semua kerja ini tanpa bayaran, tenaga kerja juga amat sedikit. Apabila kami meminta untuk menambah orang melakukan kerja ini, pihak atasan memberikan kami jawapan yang ternyata menyakitkan hati.

“Sepatutnya awak menyenaraikan semua kerja yang ingin dilakukan. Saya tidak mahu mengerahkan ramai orang untuk buat kerja ini, takut semua goyang kaki tiada kerja. Yelah, kerja tidak banyak, orang sahaja yang ramai,” Itulah kata- kata beliau.

Ikutkan hati hendak sahaja saya suruh beliau buat kerja di tempat saya, biar beliau rasakan penderitaan yang sedang kami alami ini. Namun, beliau ialah seorang bos dan kami berdua hanyalah pekerja ataupun kuli.

Yang kami dapat hanyalah pengalaman. Mungkin inilah ‘bayaran’ yang kami terpaksa bayar untuk menjadi pekerja berjaya di masa depan, wallahualam. Bersusah- susah dahulu, bersenang- senang kemudian.

 
1 Komen

Posted by di Julai 4, 2007 in Dari Kamar Office

 

One response to “Tension! Tension! Tension!

  1. Zamri Mohamad

    Julai 4, 2007 at 9:12 am

    Hmm… Kalau yang malam itu saudara maksudkan, nampaknya salah oranglah saudara salahkan. Beliau sudah tiga tahun buat kerja yang sama tanpa jawatan. Hmm… Kalau orang lain saudara maksudkan saya neutralkan diri.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: