RSS

Antara Tanggungjawab dan Kualiti

05 Jul

Sedang saya berjalan menuju ke suatu majlis, saya berbual dengan bos saya, Puan Jeslina mengenai kegiatan yang biasa saya lakukan pada hujung minggu. Apa lagi kalau bukan mengajar adik- adik dan sepupu di rumah.

Entah mengapa, tiba- tiba Puan Jeslina berkata “Apa kata Aliff, U ajar my daughter yang Standard 3 subjek English?” Saya terdiam dan pandang kembali muka Puan Jeslina. Reaksi muka beliau memang menunjukkan beliau meletakkan harapan yang tinggi di bahu saya.

Emak saya pernah berkata “Andai kata orang atasan awak menyuruh awak melakukan sesuatu, maksudnya dia nampak awak mampu melakukan kerja tersebut.”

“Kalau awak tidak boleh melakukan, beritahu awal- awal. Tolak elok- elok, orang akan faham. Kalau awak tidak dibayar, ingatlah Allah akan membalas. Jangan harapkan balasan daripada manusia, Aliff.”

Dalam sungguh kata- kata emak. Terima kasih mak.

Dalam minggu ini sahaja, saya terima tiga tawaran untuk melakukan kerja sampingan sambil menambah pendapatan. Dua daripadanya adalah mengenai kelas tuisyen dan satu kerja lagi ialah tugas menterjemah bahasa.

Hanya boleh memilih satu sahaja, takut tidak larat nanti. Dan untuk memilih yang satu itu mengambil masa juga, ia mestilah yang terbaik di antara semua pilihan yang saya ada.

Ketika di awal pengajaran, secara jujur saya katakan saya mengajar adik- adik saya kerana duit. Yuran yang saya terima berdasarkan bilangan kelas yang saya ajar dalam sebulan. Lagi banyak buat kelas, lagi banyak duit yang saya dapat.

Sekarang, kalau pelajar saya tidak dapat sekurang- kurangnya B untuk mata pelajaran yang saya ajar saya akan menyalahkan diri sendiri. Rasa seperti saya tidak melakukan tanggungjawab seperti yang diamanahkan.

Nabi Muhammad pernah bersabda “Setiap kamu adalah seorang dan setiap seorang bertanggungjawab atas pimpinannya. Jawatan dan kuasa pentadbiran adalah tanggungjawab yang akan dipersoalkan oleh Tuhan di akhirat kelak. Jelas setiap daripada kita tidak terlepas.”

Sehingga kini, saya masih berfikir patut ke saya terima amanah dari bos saya untuk mengajar anak beliau… Kalau saya menerima, mampukah saya menjalankan tugas dengan berkualiti? Serba salah saya dibuatnya.

Agaknya, kena buat solat istikarah, bertanya pada Yang Maha Esa.

 
3 Komen

Posted by di Julai 5, 2007 in Kisah Hidup

 

3 responses to “Antara Tanggungjawab dan Kualiti

  1. "Your Boss"

    Julai 6, 2007 at 4:25 am

    Aliff, don’t pressure your self. I will understand. Anyway, I should congratulate you… I love to read your stories it is just like chicken soup… Keep it up… Feel proud of you…

     
  2. Bayan

    Julai 6, 2007 at 7:04 am

    Zaman sekarang duit mampu beli macam-macam termasuk pendidikan. Ibu bapa pula sanggup menghabiskan duit demi membekalkan ilmu yang cukup buat anak-anak. Mengajar bukanlah satu tugas yang mudah. Mental, fizikal kena kuat dan yang penting ilmu kita cukup untuk ajar orang lain supaya kefahaman itu mudah dicapai oleh mereka yang tidak tahu apa-apa.

    * Saya pernah mengajar Bahasa Melayu kepada anak Cina. Setiap hari ibunya akan minta laporan perkembangan anaknya… Berat tanggungjawab untuk memberi ilmu kepada orang lain…

     
  3. cikf=)

    Julai 6, 2007 at 7:15 am

    kalau itu antara salah satu kepakaran yang kita ade,apa salahnya…
    tapi kalau rasa terbeban kerana ada tanggungjawab yang lebih besar and know our ability, maka betul la tu kalau kita terpaksa tolak..

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: