RSS

Picitan Ke Arah Kebahagiaan Keluarga

06 Jul

Malam tadi, saya menolong ibu saya membalut hadiah untuk diberikan kepada pelajar di taska beliau. Emak membalut hadiah dari pukul 8:30 malam dan berakhir pada pukul 12 malam.

Biasanya, ibu akan menyuruh saya memicit anggota badan beliau setiap kali saya pulang ke rumah. Jangka masa untuk saya memicit biasanya 20 minit, malam tadi mencecah 40 minit saya picit mak.

Lenguh juga tangan saya dibuatnya, tapi sekejap sahaja. Kadang- kadang sambil memicit emak, fikiran ini bertanya sendiri “Kenapalah eak tak nak beli kerusi urut sahaja? Ada Ogawa, ada LG, boleh urut badan selalu.”

Agaknya kami masih tidak mampu untuk membeli sebuah kerusi urut, itulah faktor utama mengapa ibu tidak mahu membeli kerusi urut. Saya pernah ajukan soalan ini kepada beliau, dan beliau mengatakan rasa picitan daripada sebuah mesin dan daripada anak sendiri, lain rasanya.

Pada pendapat saya, memicit ibu merupakan salah satu cara bagi seorang anak untuk mengungkapkan kasih sayang kepada ibu melalui perbuatan.

Kalau pasangan kekasih saling bertukar hadiah untuk menunjukkan penghargaan kepada pasangan masing- masing, memicit ibu juga boleh dianggap sebagai tanda penghargaan kepada ibu saudara.

Setelah mereka penat bekerja, tidak salah rasanya untuk saudara meluangkan sedikit masa memicit ibu saudara. Cara ini mampu menghilangkan sedikit kepenatan ibu saudara di samping merapatkan lagi hubungan antara seorang ibu dan anak.

Saya tidak menafikan bukan semua orang pandai memicit. Oleh itu, seandainya saudara tidak mempunyai kemahiran di dalam memicit cuba cari aktiviti lain yang mampu menguatkan lagi kasih sayang saudara dengan ibu saudara.

Sebagai contoh, pelajar SPM terbaik tahun lalu berkata makanlah masakan ibu selalu untuk mendapatkan restu di dalam menjalani kehidupan ini. Cara ini juga berpotensi untuk mengeratkan lagi hubungan si ibu dan sang anak.
 
Sesungguhnya, syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu. Jangan tunggu sehingga sudah bekerja baru hendak berbakti kepada ibu saudara, sebaliknya mulakan sekarang.
 

 
1 Komen

Posted by di Julai 6, 2007 in Kisah Hidup

 

One response to “Picitan Ke Arah Kebahagiaan Keluarga

  1. mama

    Ogos 25, 2007 at 4:44 am

    Kita sebagai anak selalu terlupa…. ibu, emak, mama dan umi adalah gelaran bagi setiap wanita yang melahirkan manusia diatas muka bumi ini… kita sebagai anak tak perlu hanya menghormati ibu kita tetapi menghormati wanita yang bergelar ibu…. sesungguhnya dengan menghormati, ambil berat, menyayangi sudah cukup utk kita membalas jasa orang yang kita sayangi………

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: