RSS

Penindasan Berleluasa!

09 Jul

Setelah hampir dua tahun ibu berhenti kerja daripada menjadi pegawai bank di salah sebuah bank terkemuka di negara ini, minggu lepas beliau menerima panggilan daripada seorang kenalan memberitahu mereka bakal mendapat bonus.

Sepatutnya ibu mendapat bonus RM18,000, namun jumlah yang bakal beliau peroleh adalah 3 kali ganda lebih kecil daripada angka tersebut. Rakan- rakan ibu yang lain berkongsi nasib yang serupa.

Antara faktor- faktor yang menyebabkan ibu membuka taska adalah kerana selama 3 tahun beliau tidak mendapat apa- apa bonus.

Seorang rakan saya, Sabri (bukan nama sebenar) yang bekerja di salah sebuah syarikat akhbar tempatan di negara ini sudah bertahun- tahun lamanya beliau bekerja tanpa bonus.

Apabila ditanya sebab beliau tidak mendapat bonus, Sabri memberikan jawapan yang sama seperti apa yang ibu saya cakapkan, tidak mendapat bonus kerana masalah pentadbiran orang atasan.

Apabila keuntungan yang dikumpul berlipat kali ganda, sifat tamak mula mencengkam jiwa. Sabri berkata “Alah, kalau diorang (orang atasan) salah gunakan duit yang kami dapat, siapa tahu. Tiada siapa yang peduli. Orang bawahan macam kami sentiasa ditindas.”

Dari muka dan nada beliau, ternyata tidak puas hati. Bagi ibu saya, beliau lebih cenderung untuk mendiamkan diri sahaja. Saya sengaja bertanya adakah ibu tidak mahu menuntut hak beliau, menuntut kembali duit yang telah dihabiskan oleh orang atasan.

Beliau berkata “Bukan mak tak nak, tapi apabila mak fikirkan kembali, biarlah Allah berikan pembalasan yang terbaik. Asalkan diorang (pihak atasan) tidak kacau kita sekeluarga, mak rasa sudah cukup bersyukur.”

Seorang sudah tidak dapat mengingati bilakah kali terakhir beliau mendapat bonus, seorang lagi sudah 3 tahun tidak mendapat bonus. Persamaan antara mereka adalah kedua- dua ditindas oleh majikan mereka.

Banyak lagi cerita di luar sana tentang pekerja ditindas oleh bos mereka sendiri. Sudah dilimpahkan dengan rezeki, tamak pula, tidak pandai bersyukur.

Ada cerita pekerja ditindas oleh undang- undang dan prospek pekerjaan di sesebuah syarikat.

Rakan saya yang bekerja sebagai penulis berita di salah sebuah universiti terkenal di Malaysia, boleh dikategorikan antara pekerja yang ditindas. Kalau kerja lebih masa, beliau tidak akan menerima apa- apa inisiatif.

Pergi mencari berita di luar, duit yang habis digunakan untuk mencari bahan berita tidak akan diganti. Apabila beliau minta dinaikan gaji, tidak dapat. Caruman untuk simpanan hari tua pun tiada. Kasihan beliau… 

Zaman ini, ramai graduan menganggur, dalam erti kata lain tidak mendapat kerja. Ada yang sudah mendapat kerja, ‘dikerjakan’ orang atasan pula. 

Tidak semua majikan atau syarikat mengamalkan sifat buruk sebegini. Ada juga pihak atasan yang menjaga kebajikan pekerja mereka.

 
1 Komen

Posted by di Julai 9, 2007 in Dari Kamar Office

 

One response to “Penindasan Berleluasa!

  1. m.u.h.a.

    Julai 12, 2007 at 10:34 am

    Bersyukur dengan apa yang ada…

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: