RSS

Duit: Ke Arah Handphone atau Tabung?

10 Jul

Baru dua hari saya memulakan sesi ‘persekolahan’ di UIAM, rakan sebilik memberitahu duit PTPTN sudah masuk. Bagi pelajar yang mendapat tajaan JPA pula, kemungkinan besar mereka akan mendapat duit mereka minggu depan.

Saya terdiam seketika, memikirkan apakah yang akan saya lakukan dengan duit tersebut setelah membayar yuran dan membeli buku.

Kebarangkalian yang besar memberitahu kebanyakan pelajar akan membeli telefon bimbit yang baru, bertukar kepada teknologi yang lebih canggih.

Akhbar Utusan Malaysia pernah menyiarkan rencana sesetengah wanita menggunakan telefon bimbit untuk menunjuk sesama mereka dan budaya ini sudah menjadi ikutan. Saya percaya tidak semua begitu.

Apabila saya fikirkan telefon bimbit atau dikenali juga dengan handphone dengan duit, saya ketawa sendirian. 

Teringat kisah ibu sewaktu beliau menjadi pegawai bank dahulu. Beliau bertugas untuk menyemak senarai nama peminjam dan jumlah pinjaman yang ingin dibuat.

Ibu pernah berkata pada era 80- an dan di awal 90- an, harga telefon bimbit amatlah mahal. Beliau pernah menyemak nama seorang hamba Allah yang ingin membuat pinjaman RM14,000 semata- mata untuk membeli handphone.

Kejadian ini berlaku di era 80- an. Sudahlah mahal, saiz handphone yang ingin dibeli pula memang besar. Sebesar sebuah batu yang ingin dibuat rumah. Geli hati saya teringat cerita ini.

Sekarang semua teknologi bergerak semakin canggih sejajar dengan peredaran zaman. Pelbagai fungsi boleh dilakukan dengan berbekalkan sebuah telefon bimbit.

Daripada mengambil gambar, boleh pula merakam video, boleh mengakses Internet, boleh mendengar lagu untuk suatu jangka masa yang lama dan macam- macam lagi kemudahan yang kita boleh lakukan.

Persoalan utama mampukah kita menyimpan duit pada masa kini untuk kegunaan di masa hadapan?

Saya sendiri kadang- kadang tertarik juga untuk membeli barang- barang teknologi seperti handphone ini.

Memikirkan takut kena bebelan ibu, saya lupakan sahaja hasrat tersebut.

Moga- moga Tuhan kuatkan semangat untuk menyimpan di masa akan datang. Sediakan payung sebelum hujan.    

 
1 Komen

Posted by di Julai 10, 2007 in Kisah Hidup

 

One response to “Duit: Ke Arah Handphone atau Tabung?

  1. m.u.h.a.

    Julai 12, 2007 at 10:32 am

    Bak kata pepatah “berakit-rakit ke hulu…berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu…bersenang-senang kemudian”..Ya!Semoga Tuhan beri kekuatan untuk menyimpan..demi kesenangan di masa akan datang:)

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: