RSS

Peguam Menyuntik Picagari Semangat

11 Jul

Semalam, saya telah menemubual seorang bakal peguam di pejabat. Janji pukul 2.30 petang, beliau tiba 2.29 petang. Memang patut jadi peguam, berdisplin.

Elok sahaja kalau saya namakan beliau Sahara sahaja. Beliau meminta saya merahsiakan nama sebenar kerana beliau merupakan seorang yang tidak suka publisiti besar- besaran. Hebat!

Temu bual yang saya jangkakan mengambil masa 20 minit sahaja, berlarutan sehingga 40 minit. Agaknya saya ini seorang yang ‘buta’ undang- undang, sebab itulah lama. Saya hampir tidak dapat menangkap apa yang Sahara bicarakan.

Moralnya, lain kali buat selidik sedikit sebelum menemubual orang. Takut hilang macam saya tadi. Nasib baik saya sudah membuat rakaman awal- awal.

Setelah habis temu bual, beliau berkata sesuatu yang membuatkan saya terpegun seketika.

“Aliff, although you have less friend, look at what you have attain now. You can earn your own income. Orang yang ada ramai kawan, memang betul diorang happy but could they accomplish like what you have now?”

Maybe ada but not everyone succeed. When you have something, there’s something that you have to let go.” Itulah jawapan yang diberikan sewaktu beliau mengetahui saya tidak mempunyai ramai kenalan. 

Kalau ingin menjadi wartawan, perlulah mempunyai ramai rakan serta kenalan. Perkara itulah yang membimbangi saya sekarang.

Sudahlah tidak mempunyai rakan yang ramai, kadang- kadang saya terlupa pula nama rakan yang saya ada.

Memikirkan kata- kata Sahara, teringat pula prinsip kos lepas yang saya pelajari di dalam subjek Ekonomi Asas sewaktu berada di Tingkatan Empat.

Kos lepas merupakan sesuatu yang terpaksa kita pilih untuk mendapatkan sesuatu. Seperti memilih satu antara dua pilihan.

Dalam siri anime Full Metal Alchemist, hukum alchemy menyatakan untuk mendapatkan sesuatu, kita mestilah memberikan sesuatu yang setaraf dengan apa yang kita inginkan.

Maksudnya, tiada apa pun yang percuma dan setiap sesuatu memerlukan kita melakukan pengorbanan.

Kembali kepada cerita saya dan Sahara, sememangnya beliau berjaya menaikkan semula semangat saya di dalam mengenal erti persahabatan.

Daripada tingkah laku dan pertuturan, banyak yang saya pelajari daripada beliau. Terima kasih Sahara! 

 
1 Komen

Posted by di Julai 11, 2007 in Cerita Teman

 

One response to “Peguam Menyuntik Picagari Semangat

  1. Zamri Mohamad

    Julai 12, 2007 at 7:02 am

    “Aliff, although you have less friend, look at what you have attain now. You can earn your own income. Orang yang ada ramai kawan, memang betul diorang happy but could they accomplish like what you have now?”

    Pandangan saya:

    Masing-masing mempunyai definisi bahagia yang tersendiri. Mungkin bakal peguam ini tidak melihat kebahagiaan mempunyai definisi yang pelbagai.

    Bagi beliau wang itu kebahagiaan walaupun tidak ramai rakan. Tetapi wang tidak boleh membeli rakan yang ikhlas mengingati kita ketika hidup dan mati.

    Mereka yang mempunyai ramai kawan yang baik meskipun tidak ada wang yang banyak mungkin kaya dengan kelapangan jiwa dan doa rakan-rakan. Bahagia mempunyai rakan yang baik, yang berhikmah dan bijaksana dalam teguran, yang mempunyai cita-cita dan imaginasi kebaikan dan yang sudi mengangkat jenazah kita dengan segala roh serta keikhlasan apabila kita meninggal nanti.

    Saya cukup bimbang dengan respon seperti ini. Seolah-olah pencapaian orang lain itu lebih rendah dan tidak setara menurut perspektifnya.

    Saya pernah melihat seorang pengawal keselamatan yang memakai pakaian uniform ketika pulang ke kampung. Bagi beliau itulah pencapaian dan kejayaan yang dibanggakan oleh isteri dan orang kampung.

    Mestikah saya katakan beliau tidak berjaya dan tidak mencapai apa-apa?

    Apakah hak saya untuk berkata beliau tidak ‘accomplish’ apa-apa berbanding saya?

    Bahaya benar mentaliti orang bijak pandai sekarang. Moga-moga Allah perbaiki hati kita, insya Allah.

    Pandangan beliau:

    “Maybe ada but not everyone succeed. When you have something, there’s something that you have to let go.” Itulah jawapan yang diberikan sewaktu beliau mengetahui saya tidak mempunyai ramai kenalan.

    Pandangan saya:

    Nabi Muhammad mempunyai dua benda dalam hidupnya, rakan-rakan yang baik dan komited serta kewangan.

    Kita tidak pernah mendengar nabi Muhammad orang miskin. Beliau peniaga yang berjaya. Pada masa sama mempunyai rakan-rakan yang menggembirakan hatinya ketika susah dan senang.

    Pada saya kos lepas dalam hidup ialah membuang kejahatan untuk mendapat kebaikan . Selain daripada itu, saya tidak memanggilnya kos lepas, tetapi agihan seimbang.

    Jika benar ingin wang kemudian kurang daripada rakan-rakan. Saya rasa OPRAH WINFREY layak berkata begitu. Beliau bilionair yang mempunyai rakan-rakan yang sukakan dirinya sebagai rakan.

    Hmm mana satu saya hendak ikut bakal peguam atau bilionair in ya?

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: