RSS

Publisiti? Perlu Ke?

12 Jul

Semalam, saya menemu bual rakan saya, Sahara (bukan nama sebenar) berkenaan pertandingan mooting yang beliau sertai di negara kangaroo.

Sebelum pertandingan tersebut bermula, majlis minum petang telah diadakan pada bulan Februari tahun ini bagi menaikkan semangat peserta untuk memenangi pertandingan yang bakal mereka sertai.

Sewaktu kami berbual bicara mengenai pertandingan yang beliau sertai, terpacul dari mulut saya kata- kata sebegini “Kalau you guys berjaya ke sana, dapat rank kedua daripada 17 buah universiti yang menyertai kenapa tiada publisiti?”

Sahara menjawab “Ala, kitorang cuma lepas sampai ke quarter final sahaja. Lagipun pertandingan ini kecil sahaja. Bukan besar pun.”

Apabila saya mendengar jawapan beliau, saya terdiam. Lantas saya menjelaskan dari awal sehingga akhir apakah realiti sebenar dunia publisiti.

Saya beritahu Sahara walaupun program yang beliau sertai kecil, sudah menjadi tugas wartawan untuk memberikan publisiti besar- besaran.

Tidak kisah sama ada wartawan tersebut berasal dari media luar atau media di dalam universiti, tugas mereka adalah untuk membuat hebahan.

Sahara berkata pertandingan tersebut hanya dibuka untuk pelajar undang- undang sahaja.

Disebabkan pertandingan tersebut hanya terbuka kepada pelajar yang mengambil undang- undang, adalah penting untuk orang ramai mengetahui perkara sebegitu.

Sewaktu saya sibuk menjelaskan serba sedikit dunia publisiti, beliau hanya ternganga sahaja. Dalam fikiran saya, agaknya kurang pendedahan mengenai media menyebabkan beliau terlopong membisu.

Sebelum beliau pergi meninggalkan pejabat, saya sempat mengutarakan idea. Saya menyatakan, seelok- eloknya persatuan beliau menubuhkan sebuah jawatan kuasa untuk menguruskan hal ehwal publisiti.

Saya hanya memberitahu, sama ada persatuan tersebut mengambil tindakan, itu adalah kerja mereka.          

 
1 Komen

Posted by di Julai 12, 2007 in Cerita Teman

 

One response to “Publisiti? Perlu Ke?

  1. hartini omar

    Julai 12, 2007 at 8:21 am

    kadang2 terdapat percanggahan pendapat dalam menilai erti ‘publisiti’ di antara orang awam dan wartawan.. yang selalu ‘tidak jadi hal’ pada orang awam itu lah yang menciptakan ‘banyak hal’ untuk pencari berita.. nampaknya prinsip manusia boleh berubah apabila menggalas amanah di bahunya. kalau anda di pihak Sahara, mungkin anda juga tidak mahu ceritera yang tak sehebat mana di perdagangkan pada dunia.. tetapi kini anda pencari berita, memang mencipta publisiti itu lah tugas anda.. semoga publisiti yang dicipta membuahkan hasil dan khidmat untuk semua.. tidak salah me war-warkan sesebuah cerita yang bisa jadi tauladan pada masyarakat luar. publisiti mestilah sentiasa jujur, ikhlas dan benar!!!

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: