RSS

Cari Durian, ‘Benda’ Lain Pula Yang Jumpa

13 Jul

Semalam saya telah menghadiri sebuah program di universiti. Sebelum acara bermula, para tetamu dihidangkan dengan makanan dahulu.

Akibatnya, kebanyakan tetamu atau pun pelajar yang datang hanya untuk mendapatkan makanan percuma sahaja.

Sedang saya sibuk menjamu selera, salah seorang pegawai perhubungan awam, Abang Iskandar (bukan nama sebenar) bercerita mengenai pengalaman beliau menyertai program anjuran UIA.

“Pagi tadi kitorang ada program sukaneka kat FRIM. Sebab tu pakai baju sukan lagi ni.”

“Memang best, ada titi gantung. Lepas tu kami lumba panjat bukit, masuk hutan. Ada sungai, tapi kitorang tak sempat nak mandi. Masa terhad. Tak sangka, kat FRIM pun ada menyediakan perkhidmatan penginapan juga.”

Seorang lagi staff UIA, Abang Muaz (bukan nama sebenar) yang duduk bersama kami, khusyuk mendengar cerita Abang Iskandar.

“Tapi ada sebuah tempat yang saya pergi dulu lagi best. Chalet di kelilingi pokok durian, bang,” kata Abang Iskandar.

Abang Muaz yang mendengar cerita Abang Iskandar melopong, beliau kagum dengan landskap tempat tersebut agaknya.

“Waktu malam kedua program, saya, Abang Mail dan Ahmad keluar dari chalet dan tujuan kami adalah untuk mengambil buah durian yang gugur.”

“Lain yang kami cari, lain pula yang kami jumpa.”

“Sewaktu kami sedang panjat pokok, saya orang terakhir panjat. Abang Mail naik dulu dan Ahmad orang kedua panjat. Maklumlah, malam gelap- gelita dikelilingi pokok durian.”

“Kami panjat takut terserempak dengan harimau. Harimau pun makan durian.” Kini, giliran saya pula yang melopong, tidak tahu harimau juga makan buah durian.

Abang Iskandar berkata “Harimau ni kalau makan durian lebih bersih daripada manusia makan durian, Aliff. Selepas isi habis dimakan, harimau akan tutup kembali buah ini.”

Saya tidak sangka selama ini harimau juga salah seekor binatang yang beradab sewaktu makan durian.

“Agaknya Tuhan nak balas perbuatan kami yang ingin mencuri durian, Abang Mail dan Ahmad yang sedang sibuk memanjat pokok tersebut terus melompat turun.

“Beliau panik dan beritahu Abang dia dengan Ahmad nampak hantu galah.”

“Abang tak nampak, tapi sebab diorang lari so abang pun lari la. Malam tersebut, apabila seorang ingin pergi ke tandas, kami bertiga akan pergi bersama. Takut nampak hantu lagi.”

Demikianlah cerita Abang Iskandar. Tujuan yang pada asalnya ingin mencuri buah durian, akhirnya membawa masalah pula kepada mereka.

  

 
Tinggalkan komen

Posted by di Julai 13, 2007 in Cerita Teman

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: