RSS

Rakan! Di Mana Kamu?

16 Jul

Sewaktu saya pergi menonton filem Transformer bersama adik- adik minggu lepas, terserempak pula dengan rakan sekolah menengah. Tidak sangka ye Elya, badan saudara masih kecil seperti dulu. Samalah kita.

Melihat wajah beliau, saya teringat memori semasa di bangku sekolah dahulu. Ketika saya berusia 16 tahun, guru kelas telah melantik saya menjadi pengawas sekolah. Dan di dalam kelas, hanya saya seorang bertugas sebagai pengawas sekolah.

Memakai baju hijau lengan panjang, memang panas. Blazer yang dibeli bersama- sama pakaian pengawas sepatutnya dipakai setiap hari Isnin. Namun, saya hanya memakai blazer tersebut sekali sahaja.

Iklim di Malaysia adalah iklim khatulistiwa, di mana negara ini menerima hujan dan panas yang banyak sepanjang tahun. Badan saya pula jenis yang cepat berpeluh, memang mandi peluh seandainya saya menyarungkan blazer tersebut.

Kalau orang lain memanggil saya pengawas sekolah, rakan- rakan sekelas memanggil saya dengan nama “Pengganas! Pengganas!” Guru Bahasa Malaysia, Puan Julilah juga memanggil saya dengan nama tersebut.

Berbalik cerita saya dan Elya, beliau sedang menikmati cuti bersama keluarga di Malaysia. Beliau hanya tinggal masa selama seminggu sahaja lagi di sini sebelum menyambung pengajian di Australia di dalam bidang Perhubungan Awam dan Ekonomi.

InsyaAllah, hanya tinggal setahun sahaja lagi untuk beliau menamatkan pengajian di negara kangaroo itu. Ketua kelas saya kini menyambung pelajaran di United Kingdom. Di dalam bidang apa, saya kurang pasti. Ada masa, InsyaAllah saya beritahu saudara.

Ada sesetengah daripada rakan saya meneruskan pelajaran di Kolej Damansara Utama (KDU). Sewaktu saya menjenguk di KDU, saya rasa seperti memasuki alam persekolahan semula. Masakan tidak, 70 peratus rakan persekolahan yang seusia dengan saya berada di situ.  

Ada juga rakan sekolah yang melanjutkan pelajaran di UiTM, Shah Alam. Secara kesimpulan, kebanyakan daripada kami telah berpisah dan membawa hala tuju masing- masing.

Terdapat juga rakan sekelas saya yang telah mendirikan rumah tangga. Saya hanya mampu mengucapkan tahniah kepada David dan Shuk Mian kerana sudah bergelar suami isteri dan ucapan tahniah sekali lagi kerana mendapat seorang anak lelaki. Tahniah!

Kadang- kadang fikiran saya menerawang, memikirkan di mana, dan ke mana semua rakan sekolah telah pergi. Kalau masa mampu diputarkan kembali, saya rasa teringin untuk bersua kembali dengan kamu semua.

Rakan sekolah, rakan sekelas, saya doakan kamu semua berada dalam keadaan sihat dan berharap kita dapat bersua kembali di masa hadapan, InsyaAllah. 

 
Tinggalkan komen

Posted by di Julai 16, 2007 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: