RSS

Kritikan Dan Anda

17 Jul

Saudara mampu menerima kritikan yang pedas dan berasas tentang kesilapan saudara? Kalau ya, tahniah saya ucapkan. Bukan calang- calang orang boleh menerima kritikan dan kutukan orang ramai tentang kesalahan sendiri.

Baru- baru ini, saya menerima teguran daripada mentor saya melalui e- mel. Beliau memuji penulisan saya sekarang ini. Namun, daya persuasif komunikasi interpersonal saya masih di takuk yang rendah.

Apabila saya membaca kata- kata beliau, terdiam lalu terduduk sebentar. Saya memikirkan dalam- dalam maksud beliau. Mesti ada kebenaran yang tersembunyi. Tidak mungkin seorang guru ingin menjatuhkan anak murid beliau.

Apabila saya sempat bersua muka dengan beliau petang semalam, beliau menyentuh aspek kritikan yang dilempar secara terang- terangan kepada umum. 

Beliau berkata “Apabila engkau menegur seseorang di khalayak walaupun secara ikhlas, ada tiga kemungkinan. Sama ada engkau hendak menjatuhkan seseorang, atau engkau tidak suka dia atau kau benar- benar ikhlas.”

Kata- kata beliau menyebabkan saya teringat sebuah peribahasa Melayu yang berbunyi begini “Kerana mulut, badan binasa.” Di dalam bangsa Melayu, terdapat banyak cara untuk berkias. Mungkin selepas ini kenalah mengkritik secara berlapik pula.

Abraham Lincoln memang gemar menghentam lawan- lawan beliau melalui surat, syair dan media pencetakan.

Pada tahun 1842, beliau telah menghina habis- habisan seorang ahli politik bernama James Shield dan hinaan beliau telah diterbitkan di dalam salah sebuah akhbar tempatan.

Akibatnya, berlaku pergaduhan menggunakan pedang di antara Abraham Lincoln dan James Shield. Namun, pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh penyokong masing- masing.

Semenjak daripada peristiwa tersebut, Abraham sudah tidak berani lagi mengkritik dan mengejek sesiapa.

Kepada mentor saya, terima kasih saya ucapkan kerana sempat menyedarkan saya sebelum semuanya terlambat. Sebelum nasi menjadi bubur, eloklah beringat.

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di Julai 17, 2007 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: