RSS

Cakap- Cakap Cinta

18 Jul

“Mengapa berat ungkapkan cinta
  Padahal ia ada
  Dalam rinai hujan
  Dalam terang bulan
  Juga dalam sedu sedan

  Mengapa sulit mengaku cinta
  Padahal ia terasa
  Dalam rindu dendam
  Hening malam
  Cinta terasa ada.”

Pernah saudara baca kata- kata di atas di mana- mana? Kata- kata di atas di ambil daripada lagu nyanyian Acha Septriasa dan Irwansyah bertajuk “Ada Cinta” di dalam filem “Love Is Cinta”

Cerita saya pada hari ini ada menyentuh tentang cinta, di mana cinta tersebut sedang mula mekar, mula berputik di hati rakan saya. Patutlah muka beliau ceria dan berseri- seri sahaja sekarang ini.

Minta maaf, beliau hanya mahu dipanggil Sudir (bukan nama sebenar). Rakan tapi mesra beliau yang sedang mula mengatur langkah untuk pergi ke peringkat seterusnya bernama Yana (bukan nama sebenar).

Mereka berkenalan di bulan Januari tahun ini, di salah sebuah majlis keramaian yang diadakan di ibu kota. Semuanya bermula apabila rakan saya ini berani menegur Yana, atas alasan kerja kata beliau.

Kerja ke, atau pun hendak ‘mengayat’ perempuan, saya tidak pasti agenda yang tersirat di sebalik perkenalan mereka. Kalaulah pertemuan mereka itu sudah menimbulkan bibit- bibit percintaan, eloklah lepas belajar menikah ye kawan. Hehehehe ?

Yang peliknya, sehingga kini baik Sudir dan Yana tidak berani bersua muka kembali. Agaknya hendak mengelakkan maksiat kot… Itulah pendapat saya. Namun, kedua- dua rakan saya ini saling utus dan menghantar SMS setiap malam.

Cuma, mereka tidak berani berjumpa. Agaknya, komitmen dipentingkan daripada mengadakan perjumpaan di mana- mana.

Saya melihat kisah mereka, saya bertanya diri sendiri mampukah hubungan Sudir dan Yana berakhir ke jinjang pelamin? Saya bukan seorang pakar di dalam bidang perhubungan antara manusia, sebab itu fikiran saya ligat berputar mencari jawapan.

Saya pernah membaca di akhbar- akhbar utama mengatakan seeloknya kalau kita sudah menyukai seseorang, lebih baik diberitahu daripada dipendamkan. Benarkah?

Sekali lagi fikiran saya melayang ke awang- awangan, bergerak dan menjelajah mencari jawapan bagi hubungan kompleks rakan saya tadi. Saudara berminat untuk berkongsi pendapat dengan saya di dalam ruang ini? Silakan.      

 
4 Komen

Posted by di Julai 18, 2007 in Cerita Teman

 

4 responses to “Cakap- Cakap Cinta

  1. InsanBiasa

    Julai 18, 2007 at 6:45 am

    assalamualaikum…

    Sudah lama rasanye saya menghilang diri… Kini saya datang kembali. Kekangan pelajaran di kampus membuatkan masa saya terhad,lebih- lebih lagi apabila saya jarang membuka Internet di sini. Mungkin saya hanya akan menjenguk sekali- sekala sahaja laman blog saudara selepas ini… Itupun kiranya saya berkesempatan. Namun saya berjanji untuk meninggalkan secebis coretan (sekali sekala) untuk tatapan saudara dan pembaca yang lain..
    Jika saudara mengimbau kembali coretan saya dalam entri yang bertajuk ‘Aku,perempuan dan…’, saya rasa saudara pasti bersetuju bahawa ungkapan cinta itu perlu diberitahu,dan bukannya dipendam. Saya tidak katakan memendam perasaan itu salah, malah itu merupakan satu ‘pre-requisite’ yang amat penting bagi memulakan satu perhubungan antara Adam dan Hawa. Namun,yang pentingnya.. Pada akhirnya,saudara perlu juga memberanikan diri untuk me’lamar’nya.
    Ada bagusnya jika rakan saudara itu tidak bersua dengan begitu kerap. Bagi saya kalau sudah terjebak dalam ‘alam percintaan’ ini, janganlah selalu berjumpa. Ini hanya pandangan saya sahaja. Setiap orang ada pandangan masing- masing. Berjumpa sekali- sekala tidak mengapa, untuk melepaskan rindu yang terbuku … Tapi, jika terlalu kerap… Mmmm, bagi saya… Tunggulah apabila sudah bertunang atau telah berkahwin dulu. Kalau ingin berjumpa pun, biarlah berteman agar tidak timbul fitnah, dan berjumpalah di tempat yang terbuka. Mungkin ada antara pembaca yang melabel saya sebagai jenis yang stereotype or ‘skema’… Namun,bagi saya.. Itulah pendapat saya.
    Saya pun jarang berjumpa dengan si dia. Untuk pengetahuan saudara,sejak kami couple dua bulan lalu,kami tidak pernah bersua muka… Walaupun belajar dalam universiti yang sama.. Hanya emel dan sms menjadi pengubat rindu. Sms pun,hanya seminggu sekali. Kami memberi ruang pada masing- masing agar tumpuan terhadap pelajaran tidak diabaikan. Bagi kami, ini lebih baik,daripada tenggelam dalam lautan kasih. Nanti… Ini tidak jadi, itu tidak jadi. Biarlah ikatan yang sah termeterai dahulu…Buat masa sekarang,kami sentiasa berdoa agar perkenalan kami berkekalan hinggalah kami disatukan dengan ikatan yang sah.. Aminn.

     
  2. hartini omar

    Julai 18, 2007 at 7:01 am

    “Sometimes we let affection go unspoken,
    Sometimes we let our love go unexpressed,
    Sometimes we can’t find words to tell our feelings,
    Especially towards those we love the best.”

    -seeloknya, kalau benar cinta.. maka katakan saja
    -jika diterima, teruskan dengan cara yang sepatutnya (tunang, nikah, dsb)
    -kekuatan cinta bukan pd emel atau sms nya
    -kekuatan cinta adalah pada diri dan peribadi yang diterima seadanya

     
  3. writerdruid

    Julai 18, 2007 at 10:41 am

    Kepada saudara Insan Biasa, terima kasih kerana masih mengingati saya. Doa saya moga apa yang saudara impikan, dimakbulkan Tuhan. Cuma walaupun kita tidak pernah bersua muka, jangan lupa jemput saya ke majlis pernikahan saudara ya.🙂

     
  4. Yaz Okulu

    Mac 28, 2008 at 2:28 am

    Does anyone knows if there is any other information about this subject in other languages?

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: