RSS

Jemputan Ke BMW Shorties Screening 2007 di UIAM

19 Jul

Tarikh : 26 dan 27 Julai 2007 (Khamis dan Jumaat)
Masa   : 8 malam sehingga 11 malam
Tempat: Auditorium Utama, UIAM

Adalah dengan segala hormatnya, saya ingin menjemput saudara sekalian untuk menghadiri program anjuran kolej kediaman saya, Mahallah Ali Ibn Abi Talib. Program kami ini mendapat kerjasama daripada Kelab Kewartawanan UIAM dan BMW Group (Malaysia).

Program ini adalah terbuka untuk semua orang, tidak tertakluk kepada pelajar UIAM sahaja. Malah, tiada sebarang bayaran akan dikenakan.

Setiap tahun, pihak BMW Group (Malaysia) akan mengadakan pertandingan tayangan filem pendek di mana kesemua filem pendek tersebut adalah berkisarkan dunia masyarakat setempat sebagai salah satu khidmat sosial mereka kepada umum.

Biasanya, filem yang dipertandingkan tidak akan dipertontonkan kepada masyarakat. Oleh yang demikian, pihak Mahallah Ali mengambil inisiatif dengan mengambil 10 buah filem pendek yang Berjaya sampai ke peringkat akhir.

Daripada 76 buah filem yang dipertandingkan, hanya 10 buah sahaja yang layak menduduki tempat terakhir. Siapa pemenangnya? Kenalah datang, hehehehe. Interaksi antara penonton dan pengarah bagi 10 filem ini juga adalah salah satu pengisian pada malam tersebut.

Kami juga menjemput syarikat produksi perfileman tanah air untuk sama- sama hadir bagi menjayakan program yang gilang- gemilang ini. 

Program kami ini akan mendedahkan kepada semua tentang pendidikan di sebalik pembikinan filem pendek di mana sebuah filem pendek mampu menyampaikan mesej yang positif dan pada masa yang sama bertindak salah sebuah medium hiburan yang berguna.

Tidak semua tempat pengajian tinggi menawarkan kursus yang benar- benar berisi mengenai pembikinan filem.

Sebuah pusat pendidikan di negara ini mengatakan mereka menawarkan jurusan pembikinan filem. Namun, sehingga kini tidak banyak orang mengetahui bahawa pusat pendidikan tersebut menawarkan jurusan itu.

Bawalah seberapa banyak rakan saudara yang boleh dibawa, biar penuh seluruh dewan. Di sini, saya ingin meminta jasa baik saudara serta blogger- blogger yang lain untuk menyebarkan kepada yang lain mengenai program kami ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, silalah layari laman weblog ini: www.aliman.wordpress.com 

Hanya ucapan terima kasih sahaja yang saya boleh sampaikan. Terima kasih!
     

 
Tinggalkan komen

Posted by di Julai 19, 2007 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: