RSS

Kesibukan Bertambah, Tekanan Sifar

20 Jul

Pernah melihat filem “Singapura Dilanggar Todak”? Dapat saudara gambarkan bagaimana huru- haranya keadaan Singapura  ketika itu apabila diancam ikan todak? Semuanya kelam- kabut bukan?

Hari ini sememangnya suatu hari yang memenatkan, dan kacau- bilau. Itulah jawapan yang boleh saya berikan, jawapan yang boleh saya gambarkan mengenai keadaan di pejabat saya hari ini.

Masakan tidak kacau- bilau, pada hari esok UIAM akan menerima kehadiran Sultan Pahang. Untuk acara apa? Untuk program kolokium bersempena menyambut 50 tahun kemerdekaan negara.

Memang kelam- kabut hari ini, saya melihat pekerja- pekerja senior di sini berlari ke sana- sini.Sekejap berlari ke mesin faks, sekejap lagi berlari ke mesin photostat. Panggilan telefon tidak henti- henti berdering dari pagi sehingga ke petang.

Ada pula pelajar undang- undang ingin membuat program sepanjang minggu hadapan, memang sibuk.

Entah mengapa, mesin mencetak rosak pula hari ini. Nasib baik lewat petang ini, mesin tersebut sudah dibaiki dan berfungsi semula.
 
Yang saya pula sibuk menguruskan jemputan media dan syarikat produksi perfileman bagi menghadiri program BMW Shorties Screening 2007 juga berlaku pada minggu hadapan.

Boleh katakan saya dan warga kerja pejabat berbaris menunggu giliran untuk mencetak kertas dan Photostat. Tidak pernah saya melihat suasana sebegini di pejabat.

Kalau saya sudah bekerja sepenuh masa, barangkali saya juga akan berlari- lari menyiapkan kerja seperti pegawai di pejabat ini.
 
Surat untuk media, semua telah siap saya hantar. Yang saya harapkan semoga krew media dapat hadir pada majlis kami minggu hadapan.

Warga syarikat perfileman juga telah dijemput untuk menghadiri program, harapan saya agar mereka juga akan turut sama memeriahkan program kami pada Khamis dan Jumaat minggu depan.

Sehingga pada waktu entri ini diletakkan di Internet, saya masih belum lagi menjamah apa- apa makanan untuk hari ini. Perut sudah bersiul berkali- kali… Namun, kerja dan beban sudah bertambah.

Selagi kerja masih belum disiapkan, susah untuk saya makan biarpun perut lapar.    

 
Tinggalkan komen

Posted by di Julai 20, 2007 in Dari Kamar Office

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: