RSS

Lelaki Didominasi Wanita

23 Jul

Tengah hari tadi, saya pergi ke sebuah pusat tuisyen di UIAM sekadar jalan- jalan dan meninjau ap yang ada di sana. Ternampak pula iklan untuk menyertai pertandingan menulis esei anjuran pusat tuisyen tersebut.

Rasa berminat pula untuk menyertai. Pertandingan tersebut terbuka kepada semua pelajar ijazah UIAM, dan kertas pendaftaran mesti diisi oleh setiap peserta yang ingin mengambil bahagian.

Saya sengaja buat- buat menyibuk untuk melihat jumlah peserta yang telah mendaftar di dalam pertandingan menulis itu. Lega juga melihat kerana hanya 18 pelajar sahaja sehingga tengah hari tadi.

Benar, jumlah ini boleh meningkat pada bila- bila masa sahaja. Rasa lega kerana harap tidak mempunyai persaingan sengit, senang sikit hendak menang hadiah. Hehehehe…

Daripada 18 peserta, hanya seorang sahaja lelaki yang mendaftar. Baki lagi 17 pelajar adalah didominasi oleh golongan wanita. Mana perginya spesies saya ini? Tidak mungkin sudah pupus.

Terus- terang saya katakan saya tidak terkejut melihat ramai wanita menyertai pertandingan itu. Hakikatnya, pergi ke mana- mana sahaja saya boleh melihat bilangan perempuan melebihi bilangan lelaki.

Isu ini memang menjadi topik hangat untuk diperdebatkan. Bukan sahaja kerajaan Malaysia mencari jalan bagi mengatasi masalah ini, kerajaan dari negara lain juga pening memikirkan isu ini.

Persoalan utama di sini, di manakah lelaki? Saya mengajukan soalan ini kepada salah seorang petugas di pusat tuisyen tadi, beliau menjawab “Banyak di pusat serenti.”

Marah ada, kecewa pun ada. Marah kerana menerima jawapan tersebut, hakikatnya itulah kebenaran yang menyebabkan hati saya sedikit terusik.

Lima kelas yang saya hadiri setiap minggu untuk semester ini, tiga kelas tersebut… Hanya saya seekor kumbang diantara 20 kuntum bunga. Malu? Terasa juga tapi atas dasar untuk menuntut ilmu, saya hapuskan sahaja perasaan tersebut.

Entah sampai bila fenomena ini akan berpanjangan, hanya Tuhan sahaja yang mempunyai jawapan tersebut. Saya cuma berharap golongan lelaki akan bangkit dan menghalang daripada didominasi oleh kaum wanita.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Julai 23, 2007 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: