RSS

‘Stetoskop’ Mula Berkata…

24 Jul

Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah menemani adik saya ke klinik. Rupanya gusi beliau sudah membengkak. Takut pula apabila saya melihat keadaan gusi beliau itu.

Gusi bengkak boleh dikategorikan sebagai salah satu penyakit. Doktor yang kami temui pada hari tersebut sememangnya pakar dalam bidang yang beliau bekerja. Apabila kami berbual, lepas satu- persatu topic kesihatan yang beliau ceritakan.

Terasa diri ini kurang ilmu pula. Beliau menyentuh satu aspek tentang cara hidup kita sebagai rakyat Malaysia yang menyebabkan saya teringat kisah seorang menteri luar negara yang terperanjat melihat gaya hidup kita sebagai rakyat Malaysia.

Menteri tersebut terperanjat melihat gerai- gerai makanan di Malaysia ada yang dibuka sehingga lewat malam, ada juga yang membuka 24 jam sehari. Malah, ada juga klinik yang dibuka 24 jam sehari. Mengapa dibuka untuk suatu jangka masa yang lama?

Doktor yang saya temui berkata kalau di Eropah, waktu paling lewat bagi sebuah gerai makanan untuk beroperasi adalah sehingga 8 malam sahaja. Klinik pula hanya dibuka pada waktu siang. Mengapa pula dibuka untuk suatu jangka masa yang singkat?

Kalau saudara tanya saya soalan itu, secara jujurnya saya tidak dapat jawab. Namun, difikirkan kembali tentang cerita yang disampaikan oleh doktor di klinik dengan gaya pemakanan kita, memang patutlah klinik di negara kita ada yang dibuka sampai 24 jam sehari.

Doktor di klinik berkata disebabkan gaya pemakanan kita, pelbagai penyakit yang timbul. Patutlah klinik dibuka 24 jam sehari.

Saya sendiri pun kadang- kadang melakukan kesilapan ini. Rasulullah SAW pernah menyarankan agar kita makan sebelum Maghrib. Namun, kita tidak dapat melakukan apa yang telah diberitahu oleh baginda. Rata- rata daripada kita makan selepas Maghrib.

Kajian yang dilakukan mendapati perut memerlukan dua jam untuk memproses makanan. Dalam tempoh dua jam ini, tiada satu ilmu pun mampu melekat di kepala.

Kalau kita makan selepas Maghrib (katakan pukul 8 malam), kita hanya boleh mula mengulang kaji pelajaran atau menghafal pada pukul 10 malam dan pukul 10 malam adalah waktu yang sesuai untuk tidur.

Tidur merupakan salah satu medium untuk merehatkan tubuh dan minda. Kurang tidur, mendatangkan kesan yang buruk.

Kalau pada tahun 90- an, hanya enam jenis demam dikesan. Kini, wujud 10 jenis demam yang mempunyai simptom yang berlainan.

Teringatkan kata- kata doktor yang saya temui, rasa takut pula nak makan selepas ini. Kerana makanan, pelbagai penyakit yang datang.

Eloklah saya menukar cara pemakanan, menukar daripada yang buruk kepada apa yang disarankan.

 

 
4 Komen

Posted by di Julai 24, 2007 in Kisah Hidup

 

4 responses to “‘Stetoskop’ Mula Berkata…

  1. NikShikin

    Julai 25, 2007 at 7:44 am

    Pembetulan. Baginda untuk Rasulullah bukan beliau🙂

     
  2. zuriaf

    Julai 25, 2007 at 10:29 am

    Ada orang, kalau makan awal- awal sangat macam pukul 6 ke, nanti tengah- tengah malam mula lapar balik.. Jadi sebab itu biasanya mereka akan makan lewat sedikit.. Lagipun sudah jadi kebiasaan untuk orang- orang Malaysia makan sekitar pukul 8 malam, bersama- sama keluarga

    Itu pendapat aku..

     
  3. writerdruid

    Julai 25, 2007 at 10:37 am

    Terima kasih saudari kerana membetulkan. Saya sudah pun membetulkan kesalahan tersebut.

     
  4. NikShikin

    Julai 26, 2007 at 5:16 am

    🙂 Lepas ni saya kena awalkan makan. InsyaAllah.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: