RSS

Countdown BMW ke UIAM

25 Jul

Cuma tinggal beberapa jam sahaja sebelum program BMW Shorties Screening bermula esok. Saya yang menjaga bahagian Protokol dan Jemputan mula terasa penatnya.

Sudah beberapa hari saya tidak mendapat tidur yang cukup, akibat daripada penangan kerja yang diberikan pensyarah, berita yang saya perlu siapkan untuk dihantar kepada editor dan kerja untuk program ini.

Makan, tidak usah cerita. Memang saya tidak menjaga pemakanan saya sejak bermulanya program ini. Disebabkan kerja, biasanya saya lebih rela membiarkan perut ini bersiul meminta makanan.

Tugas sebagai Ketua Protokol dan Jemputan bukan suatu tugas yang mudah. Walaupun hanya bertugas sebagai menjemput sahaja, ternyata ia benar- benar menduga kesabaran saya.

Agaknya inilah yang dikatakan dugaan Tuhan, saya mendapat lima orang anak buah di mana kesemua mereka adalah wanita dan tua setahun daripada saya. Tidak semua ahli saya yang menjalankan tugas.

Hendak paksa, sudah taraf kakak. Hendak berleter suruh menjalankan tugas, nanti dikatakan membebel pula. Akhirnya kerja enam orang terpaksa dijalankan oleh empat orang sahaja.

Kurang hanyalah dua orang, namun banyak kesannya sekiranya tiada ahli untuk membantu kita.

Menguruskan jemputan tugas saya, menyusun tempat duduk juga adalah diletakkan atas bahu saya. Hendak dipendekkan cerita, pada waktu rehearsal, tiada seorang pun anak buah saya yang datang. Mungkin mereka mempunyai komitmen masing- masing.

Nasib baik saya bekerja di Pejabat Perhubungan Awam UIAM. Esok, bos saya akan menolong saya menguruskan tempat duduk. Terima kasih bos!

Kesengsaraan yang kami alami, hanya Tuhan yang tahu. Salah seorang ahli jawatan kuasa bagi program ini telah membelanjakan duit beliau sebanyak RM400 di mana belum tentu beliau akan dapat kembali duit tersebut.

Selepas ini, kenalah berhati- hati dan berfikir panjang sebelum menyertai mana- mana program. Takut badan tidak mampu menerima bebanan yang akan menimpa.

Mudah- mudahan, program kami berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah tercetus sewaktu program ini. Jangan lupa, datang ya!   

 

 
1 Komen

Posted by di Julai 25, 2007 in Kisah Hidup

 

One response to “Countdown BMW ke UIAM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: