RSS

Memori Di Sebalik BMW Shorties Screening

27 Jul

Setelah empat bulan saya dan rakan yang lain berhempas- pulas mengeluarkan keringat, masa dan wang demi menjayakan program ini, akhirnya tamat jua program ini.

Kenangan manis dan pahit semasa program, terlalu banyak untuk diceritakan, terlampau kompleks untuk digambarkan.

Program kami yang berjalan selama dua malam berturut- turut, menemukan saya dengan teman- teman baru.

Teman yang datang dari jurusan yang berbeza, yang tinggal di kolej yang berbeza, namun datang dan berkumpul dengan satu semangat yang sama iaitu untuk mencipta kejayaan bagi program ini.

Mengambil dan bertukar nombor telefon? Hehehe, itulah pertanyaan dari rakan sebilik saya. Ahli jawatan kuasa yang lain ada yang buat sebegitu tetapi saya tidak sempat buat sedemikian. Sibuk sedikit.

Pengalaman pada malam pertama program, kami menerima ujian yang tidak diduga sama sekali. Program seumpama ini merupakan yang pertama di UIAM.

Rasa bangga pun ada namun masalah biasanya timbul pada hari pertama program.

Walaupun masalah timbul pada malam pertama program, malam tadi dewan dipenuhi dengan penonton yang terdiri daripada wakil BMW Group, agensi perhubungan awam Fleishman- Hillard Company, media, syarikat perfileman tempatan, pensyarah dan pelajar- pelajar UIAM sendiri.

Setelah meminta bantuan daripada semua warga jawatankuasa, akhirnya pada malam tadi program kami berjalan lancar dan mendapat pujian daripada wakil BMW Group Malaysia, Encik Vijayaratnam. Terima kasih!

Difikirkan kembali apa yang telah saya curahkan untuk acara ini, rasa berbaloi dan puas. Walaupun saya tidak mungkin dapat kembali duit yang telah digunakan untuk program ini, terasa ada kepuasan tersendiri melihat kejayaan program ini.

Malam tadi, kami menerima pelawaan daripada sebuah syarikat untuk menganjurkan program bersama. Program apa? Hmmm… Kertas kerja pun tiada, InsyaAllah akan ada kerjasama di masa akan datang, tapi tidak tahu bila.

Malam tadi juga, saya menerima pelawaan dari seorang wartawan di akhbar tempatan di mana tawaran ini sukar untuk saya tolak. Tawaran yang entah bila lagi akan muncul tiba… Terima kasih bang sebab mempelawa saya, terima kasih!

Saya melihat tawaran beliau sebagai sebuah batu loncatan untuk saya mengumpul pengalaman dalam penulisan dan mengembangkan sayap untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini, InsyaAllah.

Terima kasih kepada Allah kerana menemukan saya dengan semua ini, terima kasih kepada rakan seperjuangan kerana dengan pertolongan kalian semua saya dapat menemui semua ini.

Apa pun, program malam tadi berjaya. Alhamdulillah, syukur sangat…

 

 

 

 

 
7 Komen

Posted by di Julai 27, 2007 in Kisah Hidup

 

7 responses to “Memori Di Sebalik BMW Shorties Screening

  1. k'baca

    Julai 28, 2007 at 4:43 am

    \bigstar \bigstar \bigstar with \heartsuit

     
  2. aidil

    Julai 28, 2007 at 7:40 am

    congratulations for the offer.Insya’ALLAH all will go well for you.i think the reason tht the 1st nyte didnt go so well is becoz the 2nd nyte, ALLAH will make it thousand folds more better than expected.all depending on how we react to the 1st 1.my personal opinion.do take care and keep in touch.wslm.

     
  3. shawal

    Julai 29, 2007 at 7:24 am

    Tahniah atas kejayaan anda…..

     
  4. writerdruid

    Julai 31, 2007 at 4:19 am

    Kepada semua yang menolong serta mengikuti perkembangan BMW Shorties di UIAM, saya mengucapkan terima kasih kepada kalian kerana menyokong kami dari belakang. Terima kasih!

     
  5. Tokrimau

    Ogos 1, 2007 at 9:02 am

    Tahniah. Jangan serik.

     
  6. writerdruid

    Ogos 2, 2007 at 10:02 am

    Kepada Tok Rimau, terima kasih kerana sudi menghadiri program kami. Sekali lagi ucapan terima kasih kerana sudi singgah sebentar di blog saya ini. Terima kasih tuan!

     
  7. forbidden fantasy

    Ogos 7, 2007 at 8:31 am

    Congratulations with BMW SHORTIES….. And your article keluar dalam KOSMO. Tahniah yek… I thought dalam Utusan… Keep it up…!!!!!

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: