RSS

Wartawan dan Aishah R.A.

30 Jul

Sudah hampir akhir bulan Julai rupanya.. Cepat sungguh masa bergerak. Apabila bulan Ogos menjengah, maka acara konvokesyen bakal menjelang tiba dimana acara ini memang ditunggu- tunggu oleh sebahagian pelajar di kampus ini.

Maklumlah, sesetengah pihak menganggap tibanya hari konvokesyen bermaksud sudah tiba hari untuk mereka berhenti belajar.

Ada yang ingin menyambung pengajian tidak kurang juga yang ingin berhenti belajar buat selama- lamanya.

Sesetengah pihak gembira, saya pula berada dalam keadaan resah dan gelisah. Mengapa?

Pada waktu ini, saya sepatutnya mencari dan membuat temuramah di setiap kuliah pelajar- pelajar yang berjaya daripada aspek akademik serta ko- kurikulum, pelajar yang cemerlang berlatar belakangkan kehidupan yang serba kekurangan dan sebagainya.

Bos telah memberikan saya kerja ini dari bulan Mei lagi, namun sehingga kini saya tidak berkesempatan untuk mencari calon- calon terbaik bagi mengisi kekosongan untuk ditemuramah.

Seperti kata mentor saya, untuk membuat berita saudara mestilah kreatif walaupun isi yang ada adalah berasaskan fakta sebenar.       

Di dalam kelas penulisan berita, hanya saya seorang sahaja lelaki. Saya dikelilingi oleh 24 pelajar wanita yang turut sama berjuang menuntut ilmu dalam bidang ini.

Tengah hari tadi saya berbual dengan seorang rakan sekelas, Anis (bukan nama sebenar).

Beliau bertanya apakah prospek pekerjaan yang saya lakukan, pekerjaan saya dan macam- macam lagi pertanyaan yang beliau ajukan.

Minat untuk tahu agaknya…

Setelah saya beritahu segalanya, muka Anis hanya tercengang sahaja…

Agaknya, beliau tidak pernah sangka kerja sebagai seorang wartawan merupakan satu tugas yang perit untuk digalas.

Saya sengaja memberitahu beliau saya perlu mencari pelajar cemerlang dari setiap kuliah untuk ditemuramah, ekspressi dari muka beliau hanya menunjukkan beliau terkejut.

Ini baru kerja wartawan di dalam universiti, kalau kerja sebagai wartawan di syarikat luar mesti lebih mencabar.

Kerja sebagai wartawan ini, mengembalikan cerita Aishah, kisah seorang perawi hadis yang juga isteri kepada Baginda Rasulullah SAW.

Tidak sangka, beliau juga seorang wartawan dan juga perawi hadis.

Tugas beliau menghafal dan kemudian menyebarkan kepada orang lain, sememangnya kerja tersebut seakan- akan sama dengan kerja seorang wartawan pada masa kini.

 
4 Komen

Posted by di Julai 30, 2007 in Kisah Hidup

 

4 responses to “Wartawan dan Aishah R.A.

  1. forbiden fantasy

    Julai 30, 2007 at 1:45 pm

    Sememangnya….kerja sebagai seorang wartawan memang perit…..semua orang dalam dunia nie tidak akan faham selagi mereka tidak menempuhnya sendiri…bak kata perpatah melayu..alah bisa tegal biasa….kalau tidak biasa atau sanggup untuk menempuh cabarannya tak boleh nak kata apa lah….saya rasa anis tue mungkin dia tidak di beri lagi tugasan yg ‘advance’ seperti saudara mungkin sebab tue dia tercengang….dan lagi satu mungkin dia penat maklum lah hari ini kan 15 Rejab adalah elok untuk kita berpuasa….aper2 pun Gud Luck with ur new task kay…..can’t wait for the next bulletin in IIUM…

     
  2. aliman

    Julai 30, 2007 at 7:00 pm

    Saya tidak menamakan diri saya sebagai wartawan kerana faktor penerimaan ramai. Apabila disebut wartawan, saudara sememangnya berada dalam kelompok media sedia ada seperti akhbar atau majalah dan tertakluk di bawah NUJ atau National Union of Journalists. Memiliki tag rasmi bahawa saudara adalah wartawan dan tertakluk dibawah kod etika kewartawanan. Saya menggunakan perkataan News Hound atau pencari berita bagi menggantikan istilah wartawan dalam tugasan seharian.

     
  3. hartini omar

    Julai 31, 2007 at 5:52 am

    -rakan saya seorang wartawan di Bernama
    -dari cerita2 beliau, saya juga maklum bahawa kerja para wartawan itu bukan mudah
    -apapun, kerja yang dibuat dengan minat yang mendalam, pasti membuahkan hasil yang membanggakan
    -semoga kerjaya anda membuatkan anda lebih menghargai aspek2 ketuhanan dan kehambaan

     
  4. mama

    Ogos 23, 2007 at 9:28 am

    Jangan terlalu cepat melatah dalam hidup ini …. kenali diri sebelum membuat kenyataan… jangan menyinggung hati dan perasaan orang lain dalam mencari realiti dan bukannya fantasi.. dalam kehidupan harian yang kita semua lalui… Jika kita bekerja cintailah pekerjaan itu pasti membuahkan hasil yang baik di masa hadapan.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: