RSS

Aliff Melepaskan Jawatan dari PR?

31 Jul

Ah, ada seorang part- timer baru sahaja melangkah masuk ke pejabat hari ini… Rupanya, senior saya bernama Hanan (bukan nama sebenar) menjadi part- timer tersebut.

Dulu beliau membuat praktikal di Malay Mail, setelah tamat di sana maka tiada kerja.

Oleh itu, bos saya telah ditawarkan untuk menerima seorang pekerja baru.

Dipendekkan cerita, akhirnya saudara Hanan ini diterima bekerja selepas pergi interview untuk sekali sahaja.

Prospek kerja beliau, apa yang harus dilakukan?

Kerja beliau lebih luas daripada kerja saya, bukan sahaja beliau akan menyumbang untuk membuat berita, tapi ada kerja- kerja pentadbiran yang beliau perlu uruskan.

Kerja lebih, sudah tentu gaji yang beliau terima pun lebih juga walaupun taraf beliau adalah seorang pekerja kontrak.

Sebelum saudara Hanan menerima jawatan ini, bos saya menawarkan kerja ini kepada seorang kenalan saya bernama Yazid (bukan nama sebenar) sebanyak tiga kali namun tiga kali jua Yazid menolak.

Saya bertanya mengapa beliau menolak sedangkan gaji dan faedah yang menanti beliau adalah lebih banyak dibandingkan dengan kerja beliau sekarang.

Dengan muka selamba beliau berkata “Aku berpegang pada prinsip dan nasihat yang orang tua aku ajar.

“Kalau engkau tidak suka persekitaran di sesebuah tempat itu, lebih baik kau berhenti kerja di situ. Jangan risau, rezeki Allah ada di mana- mana.”

Ternyata, dari jawapan Yazid jelas menunjukkan beliau mempunyai azam dan pendirian tersendiri yang kuat.

Sudah hampir setahun saya kerja di pejabat ini, macam- macam pengalaman yang saya timba. Rasa rindu pula untuk hidup sebagai seorang pelajar biasa seperti rakan- rakan yang lain.

Hendak berhenti kerja? Ada juga kadang- kadang saya rasa begitu.

Memikirkan tempoh masa yang tinggal untuk adik saya yang keempat menempuh UPSR semakin hampir, terus- terang saya katakan saya ingin berehat selama beberapa bulan bagi menumpukan fokus pada Aqil.

Kalau saya ingin berehat daripada kerja untuk beberapa ketika, saya tidak perlu risau lagi kerana saudara Hanan juga boleh melakukan kerja saya.

Malah, beliau lebih hebat jika dibandingkan dengan saya.

Esok sudah masuk 1 Ogos 2007. Masa yang ada sekarang memang sesuai untuk saya lepaskan jawatan, melepaskan untuk seketika.

Kalaulah bos saya baca atau mengetahui isu di dalam entri ini, agaknya apakah reaksi beliau? Kita tunggu dan lihat.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Julai 31, 2007 in Dari Kamar Office

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: