RSS

Tekanan dan Marah

01 Aug

Saudara seorang yang cepat naik marah? Seorang yang mudah melenting, panas baran?

Kalau jawapan saudara ‘YA’, saya cuma boleh berkata belajarlah untuk menguasai tahap kemarahan saudara.

Rakan- rakan yang saya temui, semua berkata saya ini seorang yang senyap dan penyabar.

Mungkin kalau mereka dapat melihat sisi gelap saya sewaktu di usia awal remaja, mungkin mereka akan terkejut.

Kepada sesiapa yang mempunyai adik- beradik, sudah tentu ada di antara saudara pernah bergaduh, baik bergaduh dengan abang, kakak ataupun adik. Saya pun pernah bergaduh dengan adik saya.

Sampai ke suatu tahap pernah terkeluar dari mulut saya kata- kata seperti ini “Mulai dari saat ini, kita putus hubungan.”

Macam meniru skrip dari filem P.Ramlee pula, tapi kata- kata ini terpacul dari mulut saya sewaktu saya bergaduh dengan Alham kerana berebutkan kereta mainan.

Kejadian ini berlaku ketika saya berusia sembilan tahun. Memang waktu itu, kemarahan menguasai diri.

Disebabkan kemarahan, saya pernah memecahkan tingkap almari rumah sehingga mengakibatkan tangan kanan luka dan berparut sehingga kini.

Apabila jumpa doktor di klinik, beliau berkata kalau kaca almari itu terbenam lebih kurang 10 milimeter sahaja lagi, tangan kanan saya boleh dipotong.

Saya benar- benar dapat menguasai sifat marah serta baran saya setelah membaca puluhan, mungkin juga ratusan artikel tentang marah dan tekanan.

Ibu saya pernah menggambarkan saya seolah- olah dirasuk hantu sewaktu sedang marah. Tapi, itu cerita dulu.

Sekarang, giliran saya pula untuk mengawal sifat marah yang ada dalam diri ini.

Pernah juga saya terfikir, adakah sikap datuk saya yang panas baran menyebabkan saya menjadi seorang yang cepat marah?

Soalan ini, saya ajukan pada guru Pendidikan Agama di sekolah menengah dahulu. Puan Salina nama beliau.

Beliau berkata unsur kemarahan tidak boleh diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain.

Maksudnya, kemarahan kita adalah disebabkan diri kita sendiri. Bukan orang lain. 

Kajian yang dibuat menunjukkan 40 otot muka manusia digunakan sewaktu sedang marah.

Itu adalah satu jumlah yang besar, dan hanya sedikit sahaja otot muka yang digunakan sewaktu kita sedang ceria.

Pernah dengar kenyataan ini “Kalau cepat marah, muka cepat tua”? Ternyata, kenyataan itu adalah benar.

 
1 Komen

Posted by di Ogos 1, 2007 in Kisah Hidup

 

One response to “Tekanan dan Marah

  1. forbidden fantasy

    Ogos 1, 2007 at 1:58 pm

    Sesungguhnya marah itu adalah seumpama dari api yang menguasai diri….dan api itu adalah dari syaitan….beristighfar lah sekiranya perasaan itu menguasai diri…saya bersetuju dengan pendapat guru saudara sememangnya marah itu bukanlah dari faktor keturunan tetapi adalah dari diri kita sendiri dan sama ada hanya kita sendiri yang akan memulakannya dan mengakhirinya…semuanya terpulang kepada kemampuan diri masing2 untuk mengawal kemarahan itu….insyaalah mudah2an….

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: