RSS

Motivasi Persahabatan dari Filem

02 Aug

Malam tadi, saya sedang sibuk menyiapkan terjemahan teks untuk dihantar ke syarikat akhbar. Tiba- tiba, dugaan mendatang pula. Rakan sebilik saya membuka tayangan umum dari pukul 10 malam sehingga pukul 3 pagi.

Kerja yang boleh disisapkan dalam masa kurang dari tiga jam, akhirnya memakan masa berjam- jam lamanya kerana saya ‘tergoda’ dengan filem yang ada di depan mata.

Bermula dengan filem komedi Wild Hogs, disusuli dengan Teenage Mutant Ninja Turtle (TMNT) dan diakhiri dengan filem Evan the All Mighty.

Saya tertarik dengan semangat setiakawan yang ditunjukkan di dalam ketiga- tiga buah filem ini. Mungkin setiap filem tersebut adalah garapan pengarah untuk menyedapkan cerita, namun babak yang wujud dalam setiap filem itu mungkin terjadi di hayat kita ini.

Saudara mempunyai ramai rakan? Persoalannya, pernah saudara berselisih faham dengan rakan kerana sesuatu isu? Seandainya saudara di dalam kesusahan, adakah rakan saudara datang membantu?

Malah timbul sesuatu isu dengan wang kita mampu mendapat kawan tetapi bukan sahabat.

Abdul Razak Baginda, sewaktu beliau menghadapi perbicaraan di mahkamah atas tuduhan membunuh Altantuya Shaaribuu berkata “Waktu inilah (perbicaraan), kita dapat mengetahui siapakah sahabat kita yang sebenar.”

Saya pun mempunyai teman ketawa dan teman menangis, seperti saudara di luar sana. Mungkin, saudara juga pernah ‘kena tikam dari belakang’ oleh sahabat saudara sendiri seperti yan berlaku kepada saya.

Akibat daripada peristiwa hitam itu, saya menjadi seseorang yang menjauhkan diri dari kawan- kawan. Masa saya banyak dihabiskan di tempat kerja, belajar dan bermain dengan adik- adik di rumah.

Ada juga di kalangan rakan saya memanggil saya tidak pandai bersosial, anti sosial. Saya lebih suka menyendiri dan melakukan apa- apa pun sendirian.

Apabila menonton ketiga- tiga buah filem malam tadi, hati saya sedikit tersentuh untuk mencari rakan. Namun, saya tidak mengerti untuk bermula dari mana.

Tidak mengetahui bagaimana untuk mencari teman yang sejati, rakan atau sahabat yang boleh saya kongsikan cerita suka dan duka. Perlu membeli buku untuk menyelesaikan masalah ini? Hahahaha.

Saya melihat rakan saya yang lain, mereka mempunyai sahabat karib. Pergi ke mana- mana, bergerak dalam satu kumpulan. Rasa cemburu pula melihat mereka.

Dulu, saya ingat saya boleh hidup sendirian tanpa seorang rakan atau teman. Saya silap sebenarnya.

Tidak sangka pula, hanya menonton tiga buah filem dalam masa satu malam fikiran saya terdetik, terasa mendapat motivasi untuk mencari rakan atau pun sahabat.

Bukan mencari sahabat yang ada ketika gembira sahaja, tetapi mencari sahabat yang memahami masa silam saya, yakin dengan masa depan saya dan menerima saya seadanya.

Wujud ke golongan yang ingin saya cari ini?

 
1 Komen

Posted by di Ogos 2, 2007 in Tokoh

 

One response to “Motivasi Persahabatan dari Filem

  1. Cinda Degawan Alta Vista

    Ogos 6, 2007 at 3:45 am

    Sahabat adalah seseorang yang dapat berkongsi susah senang bersama… bukan waktu senang je kena bersama… biaselah tu kalo kena tikam dr belakang.. yg penting lepas tu.. kenalah berhati2 dgn org tu.. sebab kita dah phmkan perangai org tu..kwn still kwn tp mengambil lah sikap berhati2… jangan biarkan pisang berbuah dua kali.. setuju tak?🙂 pandangan je… heheh..

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: