RSS

Bos yang Terpinga- Pinga Kebingungan

06 Aug

Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah membeli sebuah buku bertajuk ‘Aku Mahu Jadi Bos’ hasil tulisan Khairur Rizal Ramli.

Saya tertarik dengan buku tersebut di mana ia dapat mengkategorikan seseorang bos dengan taraf yang sepatutnya.

Adalah diingatkan seseorang penulis hanya layak dipanggil ‘penulis’ setelah menjalankan pelbagai kajian ke atas topik yang ingin mereka tulis.

Di dalam buku tersebut, penulis meletakkan 16 jenis bos, beserta pelbagai ciri- ciri untuk setiap bos dengan dilengkapi dengan nasihat kepada pekerja yang sering ditindas oleh pihak atasan.

Hakikatnya, pelbagai jenis bos wujud di dunia ini.

Daripada 16 jenis bos yang ada, saya tertarik untuk berkongsi dengan saudara sebuah kategori bos.

Bos yang tergolong di dalam kategori ini dikenali sebagai bos yang terpinga- pinga kebingungan.  

Ciri- ciri bos yang tergolong di dalam kategori ini adalah mereka selalu menghilangkan diri dari tempat kerja tapi saudara boleh jumpa mereka di kafe ataupun tempat seperti padang golf.

Bos ini kadang- kadang gemar menyalahkan pekerja beliau kerana tingkah laku mereka yang selalu menghilangkan diri.

Apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini, maka saudara yang berada di tempat kerja bakal menjadi mangsa mereka untuk dipersalahkan.

Disebabkan perangai mereka seperti biskut Chipsmore ‘Sekejap ada dan sekejap tiada’, saudara mungkin menjadi ‘hamba’ untuk menyiapkan pelbagai kerja kerana bos sebegini sibuk di luar tempat kerja.

Malah, mungkin saudara yang perlu mengemas kini semua maklumat, segala kejadian yang terjadi di pejabat untuk diberitahu kepada bos saudara. Susah kalau dapat bos sebegini.

Ciri- ciri yang terdapat pada bos ini, menyebabkan saya teringat kepada seorang bos yang mengusahakan tadika.

Beliau membuka tadika lebih awal daripada ibu saya namun khidmat yang diberikan kepada pelanggan beliau seolah- olah beliau baru sahaja membuka tadika.

Setiap hari, hanya pekerja- pekerja beliau sahaja yang menjaga dan mendidik kanak- kanak.

Beliau akan keluar pergi berjogging, membeli- belah, mungkin menonton TV dan membiarkan semua kanak- kanak tersebut dengan pekerja- pekerja beliau.

Bos ini pernah berkata beliau benci menjaga kanak- kanak. Kalau benci, mengapa buka bisnes penjagaan kanak- kanak?

Dengan yuran yang mahal, menyediakan lauk sup ayam dan telur setiap hari, kebajikan pekerja juga tidak dijaga, bisnes beliau sendiri diserahkan bulat- bulat kepada pekerja, selalu menghilangkan diri, akhirnya perniagaan beliau berada di ambang kejatuhan.

Ini adalah akibat kerana mempunyai bos yang terpinga- pinga kebingungan.

Seeloknya, bos dan pekerja bekerjasama, turun padang bagi memajukan sesebuah organisasi. Bukan membiarkan pekerja melakukan semua kerja seorang diri. 

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 6, 2007 in Dari Kamar Office

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: