RSS

Kerja Last Minute

07 Aug

Pagi tadi, saya baru sahaja menghantar sebuah assignment yang telah diberi masa selama seminggu untuk disiapkan.

Kerja yang diberi selama seminggu, baru sahaja semalam saya siapkan. Kenapa lewat untuk membuat kerja?

Pernah saudara dengar istilah ‘kerja berpasukan’? Sesetengah daripada kita gemar untuk melakukan sesuatu kerja dalam kumpulan kerana tenaga kerja dapat dikumpulkan dan sesuatu kerja menjadi lebih mudah kerana setiap orang mempunyai kerja masing- masing untuk disiapkan.

Kerja yang saya hantar pagi tadi, disiapkan oleh dua orang termasuk saya. Mengapa mengambil masa yang lama baru hendak mula siapkan tugasan tersebut?

Puas saya hantar SMS kepada rakan saya, bertanya bilakah kami boleh memulakan kerja. Namun, tiada jawapan. Tiada kredit? Takkanlah duit pun tiada untuk menelefon saya, memberikan kepastian bilakah kami boleh bekerjasama menyiapkan assignment ini.

Pagi semalam, barulah beliau menghantar SMS bertanya adakah saya mempunyai masa yang terluang untuk kami menyiapkan assignment tersebut. Rasanya kami sudah berada di dalam kedudukan ‘Nak berak baru nak gali lubang’.

Kadang- kadang, disebabkan orang lain kerja kita juga terjejas dari segi kualitinya. Perkara tersebutlah yang terjadi kepada saya.

Saya sangkakan kerja tersebut susah, nasib baik saya hanya meluangkan masa selama sejam sahaja. Rakan saya yang lain meluangkan masa berjam- jam untuk menyiapkan assignment itu.

Sama ada kerja yang saya lakukan betul atau salah, itu perkara kedua walaupun kerja yang kami lakukan ini membawa 10 markah. Banyak juga hendak difikirkan tentang kerja ini. Moga- moga mendapat pulangan yang baik.

Hakikatnya, mana mungkin ada kerja yang dibuat di saat terakhir mendapat keputusan yang elok. Hmmm… Tunggu dan lihat sahaja keputusan yang akan diberikan pada Khamis ini.

 

 
2 Komen

Posted by di Ogos 7, 2007 in Kisah Hidup

 

2 responses to “Kerja Last Minute

  1. aliman

    Ogos 7, 2007 at 10:28 am

    Jeng, jeng, jeng

     
  2. nooralina

    Ogos 8, 2007 at 11:35 am

    Stat eh?

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: