RSS

Ada Ubi, Ada Batas

08 Aug

Alhamdulilah, usaha yang saya curahkan untuk program BMW Shorties Screening terbayar lagi.

Kali ini, artikel yang saya tulis dengan pertlongan daripada mentor saya berjaya keluar di akhbar Kosmo semalam (7 Ogos 2007) di dalam ruangan Akademi.

Banyak juga ucapan tahniah yang saya terima daripada rakan- rakan dan teman- teman sepejabat. Ahli keluarga juga bangga dengan pencapaian kecil saya ini.

Ada juga yang bertanya soal bayaran honorarium yang saya terima, namun saya hanya beritahu mereka tiada bayaran, hanya mampu meletakkan nama di akhbar dan ia menjadi penolong apabila saya ingin meminta pekerjaan di masa akan datang.

Bos saya hanya terkedu apabila melihat artikel tulisan saya, maklumlah saya menulis artikel tersebut tanpa meminta apa- apa bantuan daripada mereka.

Kadang- kadang, saya melihat pelajar yang datang ke pejabat perhubungan awam (PRO) meminta bantuan supaya pihak media menghadiri dan membuat liputan berita ke atas program mereka.

Secara jujurnya,  terasa kasihan kerana disebabkan tiada orang yang memahami selok- belok dunia media di dalam organisasi mereka, mereka perlu datang ke tempat orang lain meminta pertolongan sedangkan bantuan yang mereka pinta… Boleh dilakukan oleh mereka sendiri.

Bercerita pengalaman sewaktu menjadi Ketua Protokol dan Jemputan semasa program BMW Shorties Screening, saya diamanahkan untuk menjemput media.

Kami menjemput semua media di seluruh Malaysia untuk hadir ke program kami.

Akhirnya, empat badan media turun membuat liputan namun kami menjemput mereka tanpa melalui pejabat perhubungan awam UIAM.

Apa yang mereka tolong kami adalah membenarkan kami menggunakan mesin faksimille di PRO, terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan.

Itu sahaja yang mereka tolong. Surat jemputan, membuat follow- up dengan media, semuanya kami lakukan sendiri.

Alhamdulillah, keringat yang kami taburkan ‘terbayar’ jua walaupun ia tidak hadir dalam bentuk wang ringgit.

Sekiranya saudara tidak tahu bagaimana untuk menjemput media hadir ke progam saudara, cuba cari rakan- rakan yang belajar di Komunikasi Media.

Saya pasti, sedikit sebanyak mereka mesti mempunyai buah fikiran yang bernas untuk mengajar saudara dalam soal ini.

Pernah terjadi di mana sekumpulan pelajar telah datang ke PRO di sebuah universiti tempatan, untuk tujuan menjemput media hadir ke program mereka.

Pihak PRO hanya memberi jawapan bahawa mereka akan melakukan yang terbaik supaya media datang membuat liputan.

Rupa- rupanya, pihak PRO tidak melakukan apa- apa langsung untuk menolong kumpulan pelajar ini kerana bagi mereka program yang dianjurkan hanyalah bertaraf biasa sahaja dan tiada apa- apa keistimewaan.

Pandangan PRO adalah berbeza dengan pandangan pihak penganjur program. Bayangkan kalau sekumpulan pelajar tersebut tahu mengenai kisah sebenar?

Kalau sekumpulan pelajar tadi menjemput media sendiri tanpa meminta bantuan daripada mana- mana pihak, mungkin mereka akan berjaya dan mengenal sendiri kepayahan di dalam tugas ini.

Secara tidak langsung, ia memupuk semangat untuk bekerja dengan lebih gigih supaya apa yang mereka inginkan tercapai. 

 
1 Komen

Posted by di Ogos 8, 2007 in Kisah Hidup

 

One response to “Ada Ubi, Ada Batas

  1. Zamri Mohamad

    Ogos 8, 2007 at 6:43 am

    Yenade, bak kata orang hidup, sendiri buat sendiri belajar, sendiri sakit, sendiri gembira, sendiri sendiri sendiri tapi sama-sama.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: