RSS

Bersama Pemandu Berhemah yang Keras

09 Aug

Semalam, saya menemani kawan saya pergi ke One Utama (OU), jalan- jalan sambil menghabiskan masa selama tiga jam di tiga buah kedai buku. Rakan saya ini masih tidak tahu di mana OU, jadi sayalah yang jadi pemandu arah bagi beliau.

Masuk hari semalam, rasanya kali ketiga saya tunjuk jalan ke OU kepada Rizman (bukan nama sebenar). Nampaknya, beliau mempunyai usaha yang bersungguh- sungguh untuk mengingati jalan. Tahniah atas usaha anda, Rizman.

Beliau berusia setahun lebih tua daripada saya, namun pengalaman saya memandu kereta adalah dua tahun lebih dibandingkan dengan beliau.

Mengikut cerita beliau, sewaktu beliau lulus ujian pemanduan selama dua tahun beliau langsung tidak ‘memegang stereng kereta.’  

Maklumlah, menunggu masa selama dua tahun untuk lesen ‘P’ beliau tamat tempoh.

Akibatnya, sewaktu beliau memandu semalam mata beliau statik. Kepala tepat memandang ke depan sahaja, saya yang melihat hanya ketawa sahaja.

Dulu sewaktu saya baru mengenali Rizman, beliau memandu keretanya selaju 30 km/j. Beliau sendiri pernah berkata kepada saya “Waktu aku mula- mula drive, aku rasa lori bawa sayur la yang paling laju.”

Saya yang mendengar, ketawa berdekah- dekah semasa beliau bercerita.

Saya jamin, ada ramai lagi di luar sana yang mempraktikkan cara seperti Rizman, adik saya yang kedua juga termasuk dalam kategori ini. Tunggu lesen ‘P’ tamat tempoh, baru hendak mula memandu kereta.

Nasihat saya, janganlah meniru pengalaman seperti Rizman dan adik saya. Takut apabila memandu kembali, semuanya dirasakan kekok. Perasaan yang setelah sekian lama tidak memandu, membantutkan diri dan ia membuatkan kita rasa malas memandu kereta semula.

Sewaktu saya memegang lesen ‘P’, habis kereta Wira ibu saya jadi mangsa. Kesana- sini, saya berjalan.

Saya pernah menyebabkan kereta ibu masuk longkang dan memakan masa hampir dua jam untuk dikeluarkan, saya pernah melanggar kereta orang lain dan terpaksa membayar ganti rugi kepada pemilik.

Mungkin saudara takut untuk melakukan kesalahan sewaktu masih dapat lesen ‘P’ kerana takut lesen tersebut akan ditarik kembali. Namun tanpa melakukan kesalahan, kita tidak akan belajar apa- apa.

Saya melakukan kesalahan semasa di peringkat percubaan, tetapi semua pengalaman tersebut menjadi sesuatu untuk saya kenang sehingga ke akhir hayat.

Kepada Rizman, minta maaf kerana saya terpaksa mengambil saudara menjadi subjek utama di dalam blog saya hari ini. Jangan kunci pintu bilik ye, nanti saya tidak dapat masuk. Hehehe.

 
3 Komen

Posted by di Ogos 9, 2007 in Cerita Teman

 

3 responses to “Bersama Pemandu Berhemah yang Keras

  1. RizmanReply

    Ogos 10, 2007 at 4:44 am

    Huhu…. Macam kenal jek siapa Rizman tu… Takpe… At least Rizman ambil inisiatif to learn. You are never too old to learn… Ngeh3… Tapi lambat sangat la… Aku pun pelik, kenapa aku takut sangat nak bawa masa lepas dapat P… Tidak faham aku.. Sekarang tengah dalam proses mengenali jalan….Aku target,before grad aku tahu baaaaaaaaaaaaaaaaayank jalan…. Hahahaha. By the way,thanks sebab tunjuk jalan. Nanti tunjuk lagi…..

     
  2. forbidden fantasy

    Ogos 14, 2007 at 1:24 am

    Ooohoooo……Buat cerita pasal roommate yek…. Nasib boleh masuk bilik lagi, tidak tidur luar… Kat KL kalau tidak tahu jalan susah juga…. Sebab selalu berubah- ubah jalan dengan highwaynya… So ask Samy Valoo….haiyooo….

     
  3. writerdruid

    Ogos 18, 2007 at 4:42 am

    Ya saudara Rizman….

    Jangan menunggu saya sahaja untuk tunjuk jalan. Kena berani redah jalan dan baca papan tanda yang disediakan. Hehehehe

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: