RSS

Syahidnya Seorang Pejuang Bertulis

10 Aug

Terus- terang saya katakan, saya berasa sedih sekali sewaktu menghasilkan coretan ini…

Rakan saya yang bekerja di sebuah tempat kerja yang terkemuka di ibu kota kehilangan kerja.

Beliau sanggup menghabiskan duit simpanan beliau yang terakhir, turun dari Perlis ke Kuala Lumpur semata- mata untuk mencari rezeki.

Akhirnya, kehilangan pekerjaan untuk berkarya atas sebab yang tidak boleh dijelaskan.

Perkataan ‘tidak boleh dijelaskan’ tertera di atas surat berhenti kerja beliau.

Surat sebegitu mempunyai keraguan dan pihak yang mengeluarkan surat tersebut sepatutnya menulis sebab sebenar beliau diberhentikan kerja.

Rakan saya ini baru bekerja tidak sampai sebulan, sudah dibuang oleh pihak atasan.

Kepakaran beliau berkarya lebih hebat daripada saya, maklumlah orang lama. Lebih banyak makan garam.

Pernah berada di syarikat media selama suku tahun, membuat kerja sambilan, namun beliau telah menghasilkan 80 karya daripada perspektif hidup yang pelbagai rupa.

Saya yang telah berkecimpung dengan PRO UIAM hampir setahun semata- mata untuk penulisan pun belum dapat cecah rekod beliau.

Tahniah kawan! Orang seperti saudara menjadi pembakar semangat untuk saya bekerja lebih keras lagi.

Saya bertanya sendiri kepada beliau, sebab sebenar beliau diberhentikan kerja.

Kata beliau, isu yang beliau bangkitkan menjadi kesalahan di mata orang lain. Bukan mudah untuk kita memuaskan hati orang lain.

Tidak sangka ya kawan, kesalahan pertama saudara menjadi kesalahan terakhir yang saudara lakukan di tempat kerja tersebut.

Mungkin kesilapan saudara terlalu mengaibkan mereka kepada pihak lain, jadi saudara menjadi subjek utama untuk ‘dihapuskan’.

Sepatutnya bekas majikan saudara mempelajari sesuatu daripada kesilapan saudara.

Tiada istilah pekerja bawahan buat salah, majikan tidak terbabit sama.

Membuang orang seperti saudara, secara jujurnya adalah satu kesilapan dan kerugian yang amat besar di masa akan datang.

Kalau ikut polisi syarikat, saudara sepatutnya menerima ‘syarahan’ percuma daripada pihak atasan untuk kesalahan pertama yang saudara buat atau surat amaran atau terpaksa terima apa bentuk hukuman sekalipun… 

Untuk dibuang kerja atas kesalahan pertama, itu adalah sesuatu yang susah untuk berlaku.

Mungkin tempat kerja saudara dulu memegang polisi yang tidak pernah digunakan oleh mana- mana syarikat sebelum ini. 

Mungkin majikan saudara menerima tekanan daripada pihak lain yang lebih berkuasa, yang tidak suka melihat kerja saudara, maka membuang saudara adalah pilihan yang terpaksa mereka ambil.

Boleh jadi isu saudara melibatkan kroni majikan. Malah, berbaur unsur rasuah pula di sini. Pening kepala saya memikirkan kisah saudara.

Kisah seorang pejuang penulisan yang ditindas oleh tempat kerja sendiri, dipijak di tempat cari makan.

Tidak mengapa, teman. Dunia ini luas, rezeki kita ada di mana- mana. Bergantung bagaimana kita mencarinya sahaja.Sabar ya, kawan. Jangan menangis…

Perbuatan baik atau buruk, akan tetap dibalas Tuhan walaupun ia sebesar zarah sekalipun.

Sama ada di dunia atau di akhirat, Tuhan akan tetap membalasnya dengan balasan yang setimpal dengan apa yang kita kerjakan di dunia ini.

Kawan, pernah dengar simpulan bahasa ini ‘Buat baik dibalas baik, buat buruk dibalas buruk’?

Sabar ya, kawan. Mungkin ini adalah ujian dari Tuhan kepada saudara. Tabahkan diri kamu ya..
   

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 10, 2007 in Cerita Teman

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: