RSS

Ramalan Kereta dari Mata Ibu

14 Aug

Semalam, saya menghantar tiga orang adik dan ibu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi menunaikan umrah selama 14 hari. Kemudian menghantar pula adik yang kedua kembali ke Universiti Putra Malaysia.

Sebelum ibu dan adik- adik berlepas, tidak sangka pula air di kelopak mata bergenang sahaja. Saya tidak tahu mengapa, tetapi terasa berat untuk melepaskan ibu dan adik- adik berangkat menunaikan ibadah kepada Tuhan.

Seorang rakan saya berkata “Air mata lelaki mahal.” Benarkah sebegitu?

Selama tiga jam saya memandu kereta dan hanya berhenti sebentar selama lima minit untuk berehat, nasib baik kereta ibu adalah jenis automatik. Kalau manual, mungkin perjalanan semalam menjadi suatu pengalaman yang amat memenatkan.

Ditemani sebuah radio dan air kotak sebagai penghilang dahaga, dua benda ini sahajalah menjadi ‘penguat’ daripada membuatkan saya terlelap ketika memandu.

Sudah rasa bosan dan untuk mengelakkan mengantuk, radio dipasang kuat- kuat dan saya menyanyi sendirian di dalam kereta.

Ada sesetengah pelajar UIAM berjaga sehingga lewat malam atas sebab- sebab tertentu, namun malam tadi saya terpaksa tidur awal. Mata sememangnuya berat untuk diangkat, kaki pula terasa longlai sangat untuk bergerak.

Kadang- kadang terfikir, alangkah bagusnya kalau ada orang picit kaki saya sehingga lena diulit mimpi. Namun, itu hanya angan- angan, suatu impian yang tidak tahu sama ada ia akan menjadi kenyataan atau tidak.

Selama 14 hari ibu dan adik- adik bercuti, kereta ibu berada di bawah jagaan saya. Saya hanya berdoa agar saya tidak menyalah gunakan kenderaan ini dalam tempoh 14 hari.

Teringat kata- kata ibu sebelum beliau berlepas ke Mekah “Ingatkan mak nak cek meter kereta ini. Takut ada orang salah guna nanti.” Dengan muka yang tersenyum, beliau berkat sedemikian.

Dari nada sebegitu, saya yakin ibu juga bimbang meninggalkan kereta beliau kepada saya. Saya teringat peristiwa ini, saya ketawa sendirian.

Dalam tempoh dua minggu ibu pergi, pelbagai ujian dan penghantaran assignment kepada pensyarah juga berlaku pada waktu ini.

Secara tidak langsung, perkara- perkara sebegini membantutkan nafsu saya untuk bersiar- siar bersama rakan- rakan menggunakan kereta ini.

Rakan saya berkata “Pandai betul emak kau pilih tarikh, Aliff. Dia macam dapat ramal apa yang akan terjadi pada kereta itu selama dua minggu pemergian beliau ke Mekah.”

Saya yang mendengar, hanya mampu tersenyum simpul mengunci kata- kata, terdiam seribu bahasa.       

 
5 Komen

Posted by di Ogos 14, 2007 in Kisah Hidup

 

5 responses to “Ramalan Kereta dari Mata Ibu

  1. papaya_banana

    Ogos 14, 2007 at 12:34 pm

    “air mata lelaki mahal” Macam pernah dengar.. Poyo je:-P

     
  2. Bayan

    Ogos 15, 2007 at 7:31 am

    Ibu, apa lagi yang boleh menyangkal kasih dan naluri seorang ibu? Walau jauh di mata, hatinya, nafasnya, pandangannya dan suaranya terasa dekat di jiwa.

    “Mak tahu tau apa yang awak buat”… Hehehehehe.

     
  3. writerdruid

    Ogos 18, 2007 at 4:38 am

    Kepada saudara Bayan, terima kasih atas peringatan tersebut. Hehehehe🙂

     
  4. mama

    Ogos 21, 2007 at 2:56 am

    Bagus….biar apa orang hendak kata. Jadikan ia satu kekuatan untuk mencari kehidupan. Sesungguhnya naluri seorang ibu ada kebenaran… Kita sebagai khalifah Allah perlu hormat pada wanita yang bergelar ibu. Kata-kata ibu merupakan satu doa buat kita manusia yang hidup diatas muka bumi ini.

     
  5. writerdruid

    Ogos 23, 2007 at 4:00 am

    Terima kasih untuk kata- kata itu, mama.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: