RSS

Simpanan Untuk Masa Depan

16 Aug

Sewaktu menemani mentor saya membeli laptop baru beliau di Low Yat Plaza, mata saya melilau, meninjau keadaan persekitaran di sana.

Melihat harga PDA (Personal Digital Assistant) di situ, rasanya saya perlu belajar bagaimana untuk mendapatkan barang tersebut suatu hari nanti.

Melihat harga yang melebihi RM1500, membuatkan saya tertelan air liur sekejap. Duit yang ada sekarang, 70 peratus adalah hasil pinjaman PTPTN yang perlu dibayar semula. Baki 30 peratus adalah duit hasil daripada tuisyen dan kerja menulis.

Difikirkan semula, saya pun tidak tahu entah bila saya akan dapat membeli PDA tersebut. Cita- cita untuk mempunyai sebuah PDA sendiri hancur lebur apabila melihat harga barang tersebut jauh daripada jumlah yang ingin saya peruntukkan.

Andai kata ibu mengetahui hasrat saya ingin memiliki PDA, sememangnya beliau akan menentang habis- habisan. Berkali- kali beliau mengajar kami perbezaan antara keperluan dan kehendak.

Agaknya, kalau saya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap barulah hajat untuk saya memiliki PDA tercapai, InsyaAllah.

Salah satu cara untuk membeli barang yang mahal ini adalah dengan menabung. Teringat sebuah peribahasa yang saya pelajari semasa di Darjah 3 Musytari dahulu. Kata Cikgu Chee “Sedikit- sedikit, lama- lama jadi bukit.”

Pada usia yang terlalu muda itu, saya mengerti, saya faham akan maksud peribahasa tersebut. Setelah 12 tahun berlalu, barulah saya faham erti sebenar peribahasa itu.

Untuk mendapatkan sesuatu yang tinggi nilainya, menyimpan duit adalah salah satu alternatif yang boleh dipakai di dalam situasi begini.

Kesedaran untuk saya menyimpan duit timbul apabila seorang rakan saya di pusat matrikulasi berkata “Aliff, U tak simpan duit ke? Nanti nak kahwin, senang. Simpan duit RM1 setiap hari pun jadilah.”

Kepada saudari Fiza, terima kasih saya ucapkan. Kalau bukan kata- kata tersebut, mungkin hati saya belum terbuka untuk menyimpan wang. Terima kasih saudari!

Ada di kalangan rakan- rakan saya, menyimpan duit sejak dari usia tadika! Dari satu sudut, saya nampak bagaimana ibu bapa sudah menerapkan nilai disiplin di dalam isu kewangan sejak dari kecil lagi.

Semalam, mentor saya bercerita tentang sifat- sifat menabung di kalangan masyarakat Cina di Malaysia.

Beliau berkata begini “Seorang rakan aku di Tingkatan Enam, Saw Yu- Shen (bukan nama sebenar) cakap apabila seorang bayi dilahirkan maka ibu bapa kepada bayi tersebut akan mula menabung setiap hari walaupun ia adalah jumlah yang kecil”

Beliau menambah apabila bayi tersebut sudah besar dan matang, beliau sendiri akan menyambung untuk menyimpan duit bagi keperluan masa depan beliau.

Sebuah cerita yang senang untuk difahami, membawa tanggungjawab yang besar untuk kita pikul. Maklumlah, menabung bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan oleh setiap orang.    

 
1 Komen

Posted by di Ogos 16, 2007 in Kisah Hidup

 

One response to “Simpanan Untuk Masa Depan

  1. tini

    Ogos 16, 2007 at 8:56 am

    Hey, it’s me Tini… Your editing classmate. Please be known that I have changed my blog to http://tini-rahim.blogspot.com.. Thank you.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: