RSS

Etika Pemakaian Untuk Piala

17 Aug

Hari ini beberapa orang hakim telah datang ke UIAM, datang untuk mengadili sama ada kampus ini layak untuk diberikan Anugerah Kualiti Perdana Menteri untuk tahun ini.

Saya tidak pasti berapa orang hakim yang datang, namun jumlah hakim yang hadir mampu menyebabkan semua orang di tempat kerja saya lesap. Apa pun, terdapat lapan orang hakim yang mengetuai hakim- hakim yang lain.

Galeri yang menempatkan info dan gambar- gambar sejarah UIAM, tidak pernah wujud sebelum ini, tiba- tiba tersergam indah sewaktu saya berjalan ke kelas pagi tadi.

Penuh dengan pelbagai jenis flora yang berwarna- warni.

Nampaknya, pihak UIAM meletakkan usaha yang bersungguh- sungguh demi memiliki piala tersebut.

Andai kata saudara di UIAM sekarang, saudara pasti kagum melihat pemandangan baru di kampus ini. Tidak pasti untuk berapa lama panorama sebegini bertahan.

Harapan saya biarlah ia kekal untuk suatu tempoh masa yang lama sedikit. Memang sejuk mata saya melihatnya.

Sebanyak 16 penyertaan yang memasuki pertandingan ini, namun hanya lima sahaja yang dipilih untuk ke peringkat akhir. UIAM adalah salah satu daripada lima ini dan menjadi satu- satunya universiti di Malaysia yang berjaya ke peringkat akhir.

Seorang staff UIAM berkata UIAM membelanjakan kira- kira RM500,000 untuk memenangi pertandingan ini.

Dana yang sebesar itu mampu dikeluarkan dalam masa yang sekejap, semuanya untuk memiliki Anugerah Piala Kualiti Perdana Menteri. Harap balasan yang diterima menjadi setimpal dengan usaha yang telah dicurahkan.

Kriteria untuk memiliki piala ini terletak juga pada pelajar UIAM sendiri. Pensyarah saya berkata “Jangan pakai seluar jeans, jangan pakai baju tanpa kolar Jumaat ini.”

Beliau hanya berkata kepada pelajar di dalam kelas beliau sahaja. Nampaknya, mesej beliau tidak dapat bergerak kepada semua pelajar.

Hari ini apabila saya berjalan, ada juga kelibat beberapa orang pelajar memakai pakaian yang diharamkan oleh pensyarah saya.

Persoalan yang bermain di kepala saya sekarang adakah aspek pemakaian pelajar juga diambil kira untuk memenangi pertandingan ini?

Terus- terang saya katakan pensyarah saya seorang yang berdisplin dan beliau memang mewajibkan kami semua untuk mematuhi setiap peraturan yang telah disediakan oleh UIAM.

Hari ini, saya memakai baju Melayu dan tidak memakai seluar jeans. Mematuhi arahan pensyarah saya? Oh, tidak. Namun, saya selesa untuk berpakaian sebegini. Harap aspek pemakaian pelajar tidak menjadi isu yang besar daripada pandangan hakim.

 

 

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 17, 2007 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: