RSS

Dulu Dibenci, Kini Dihormati

20 Aug

Kalau dahulu, saya bekerja di bawah tunjuk ajar seorang seorang bos di pejabat perhubungan awam UIAM.

Kini, adakalanya saya menolong editor, membantu mentor untuk menyiapkan kerja yang mudah mengenai majalah universiti.

Saya dibayar untuk melicinkan perjalanan kerja bagi seorang bos, namun sekarang perkara lain yang terjadi.

Mungkin ada sesetengah orang akan berkata “Buat apa nak tolong lebih- lebih? Engkau dibayar untuk menolong seorang bos sahaja.”

Benar, namun apabila saya fikirkan kembali biarlah apa yang saya lakukan ini diberi balasan oleh Tuhan sahaja.

Sekiranya manusia tidak dapat membayar, biarlah Tuhan sahaja yang melunaskan kerja tersebut.

Terdapat kronologi yang panjang mengenai tuan editor ini. Kalau dahulu, secara jujurnya saya memang tidak suka beliau. Biarlah saya panggil beliau Encik Shamsul (bukan nama sebenar).

Daripada gaya beliau, sesiapa sahaja yang melihat untuk pertama kali sudah tentu tidak akan menyukai gaya beliau.

Rambut berserabut, apabila berjalan hanya memandang ke bawah dan agak bongkok sedikit, dengan percakapan yang sering diulang berkali- kali, memang saya mengambil masa yang agak lama untuk mengenal beliau.

Ditambah pula En. Shamsul menjadi pensyarah untuk dua kelas saya pada semester ini.

Walaupun dua kelas, saya akan melihat muka beliau lima kali dalam seminggu kerana satu kelas diadakan pada Selasa dan Khamis, manakala sebuah lagi kelas adalah pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat.

Sewaktu di awal semester, terasa berat semacam untuk pergi ke kelas beliau. Rasa malas? Itu sudah tentu.

Apabila saya mengenal beliau, saya rasa silap pun ada kerana meletakkan pandangan sebegitu dulu.

En. Shamsul mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di dalam bidang kewartawanan, pernah menjadi editor selama dua tahun setengah sebelum beliau bersara dari syarikat media tersebut.

Disebabkan cinta beliau kepada ilmu, akhirnya beliau menjadi pensyarah di UIAM. Tempoh untuk seorang pensyarah bersara di UIAM adalah apabila beliau berusia 70 tahun.

Setelah mengenali beliau untuk beberapa bulan, mendapat tunjuk ajar dan nasihat tentang pekerjaan dan dunia kewartawanan, barulah saya sedar kesilapan saya selama ini.

Benarlah kata- kata sebuah bidalan berbahasa Inggeris “Don’t judge the book by its cover” (Jangan menilai sebuah buku hanya dari kulit sahaja).

Memang betul kata- kata bidalan bahasa Melayu “Tak kenal maka tak cinta.”

Kepada En. Shamsul, saya mohon maaf dari tuan kerana berfikiran buruk dahulu. Kalau dahulu tuan dibenci, kini tuan adalah seorang yang saya hormati.      

 
2 Komen

Posted by di Ogos 20, 2007 in Tokoh

 

2 responses to “Dulu Dibenci, Kini Dihormati

  1. forbidden fantasy

    Ogos 21, 2007 at 6:01 am

    Same like Dr. S.W…mula- mula masuk kelas gerun beb siap suruh drop subjek lagi. Tapi alhamdullilah, berjaya juga akhirnya dengan bimbingan dan tunjuk ajar beliau… Tak kenal maka tak dapat A. Hehehehe….

     
  2. writerdruid

    Ogos 23, 2007 at 3:59 am

    Tahniah atas kejayaan tersebut, saudari. Bila mahu belanja untuk kejayaan tersebut? Hehehehe

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: