RSS

Perjalanan Seorang Penulis Buku Bermula

23 Aug

Pada hari Ahad yang lalu, tarikh 19 Ogos 2007 saya telah menghadiri program bersama penulis buku anjuran syarikat PTS Publication bertempat di Kedai Buku MPH, Mid Valley.

Kali ini, PTS membawa dua orang penulis; Tuan Shamsuddin Kadir dan Tuan Sunthara Segar.

Seorang memberikan tips- tips yang berguna tentang membuat duit melalui kaedah rumah sewa manakala Tuan Sunthara pula membawa topik unit yayasan amanah saham.

Saya hadir bersama mentor saya bersama seorang professor kecil sci- fi (science fiction), Firdaus Ariff nama beliau.

Baru sahaja dua tidak sampai lima minit, professor kecil ini bertanya saya “Aliff, sudah buat proposal untuk membuat buku belum? Idea yang aku beritahu kau hari tu macam mana?”

Tiba- tiba, mentor saya pun menyampuk “Ha! Bila kau nak buat? Proposal tentang buku apa itu?”

Saya terdiam seketika dan hanya mampu tersenyum simpul.

Pada waktu awal penulisan, saya bercita- cita untuk menulis di akhbar atau pun majalah dahulu sebelum berani berkecimpung dengan bidang penulisan buku.

Maklumlah, bukan sesuatu yang mudah untuk menulis buku, terutamanya untuk menulis buku pertama kita.

Minggu lepas, saya terserempak dengan bekas rakan sekelas saya tahun lepas. Beliau bertanya saya adakah saya sudah menjadi kolumnis di mana- mana majalah ataupun suratkhabar.

Sewaktu saya baru sahaja menulis, saya berkata “Kalau boleh, aku hendak menjadi penulis tetap di mana- mana bahagian media sebelum tulis buku sendiri.

“Aku hendak mengumpul pengalaman sebanyak boleh sebelum menulis buku.”

Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Nampaknya, rancangan yang dirancang sewaktu masih newbie (gabungan perkataan new dan baby, biasanya digunakan untuk seseorang yang masih baru di dalam sesuatu bidang) terpaksalah ditukar.

Kini, saya harus menumpukan perhatian untuk pembikinan buku pula. Usaha perlu dikerahkan untuk menghasilkan sesuatu produk yang berkualiti tinggi.

Saya mengimpikan buku yang saya hasilkan nanti, diterbitkan dalam bentuk buku bersiri.

Buku apa, konsep apa, tentang apa, apakah isi di dalam buku tersebut, tunggulah dahulu.

Kajian untuk buku baru pun masih belum bermula, InsyaAllah saya akan beritahu saudara apabila sudah tiba masanya nanti.

Apabila saya kira- kira, rupanya sudah hampir setahun saya bergelar penulis bebas. Tidak sedar langsung, masa bergerak terlalu pantas.

Sekarang, perjalanan hidup saya sebagai seorang penulis buku baru sahaja bermula. Kerja yang saya bakal curahkan, haruslah sepadan dengan tahap peredaran masa kini.

Walaupun saya baru sahaja hendak bertatih di dalam bidang ini, lambat- laun saya mesti belajar bagaimana untuk merangkak, kemudian berjalan, dan terakhir belajar bagaimana hendak berlari laju di dalam bidang penulisan buku.

“A journey of thousand miles begin with a single step”, mungkin kata- kata ini merujuk kepada diri saya sekarang ini.
   

 
1 Komen

Posted by di Ogos 23, 2007 in Kisah Hidup

 

One response to “Perjalanan Seorang Penulis Buku Bermula

  1. Penulis Indonesia

    Januari 16, 2008 at 9:01 am

    Kabar gembira!! Buat yang suka nulis-nulis, buat penulis muda, buat para blogger, buat temen2 yg hobi nulis tapi belum bisa buat buku, belum percaya diri, sekarang sudah ada medianya, Situs Komunitas Penulis Indonesia,

    Penulis-Indonesia.com, kayak Friendster tapi khusus buat yang hobi nulis, penulis, pujangga, penulis naskah, blogger…

    fasilitasnya juga cukup oke, lengkap dgn alamat pribadi untuk profil, blog, dan album…ada chatnya juga loh🙂
    Baru dibuka 1 Januari 2008 lalu, skrg membernya sudah 300an🙂 rame buanget loohh aktifitasnya!!

    Semoga bermanfaat🙂

    Cepetan gabung ya🙂
    di sini alamatnya :

    Penulis-Indonesia.com atau tanpa tanda –
    PenulisIndonesia.com

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: