RSS

Memori dari Tanah Haram

28 Aug

“Wargh!” Sergahan daripada Si Pengacau, itulah yang saya terima sewaktu menunggu keluarga keluar dari perkarangan KLIA.

Setelah memandu hampir 100 kilometer, mata berat untuk dibuka, kaki terasa penat untuk bergerak. Maka, saya ambil keputusan untuk tidur sementara menunggu.

Tidak sangka, mimpi saya diganggu oleh Si Pengacau dan kemudian beliau lari menyelamatkan diri. Sedar sahaja, ibu, adik- adik, nenek dan, ibu saudara sudah pun sampai.

Sepanjang perjalanan pulang, kami bercerita dan mendengar pengalaman orang yang telah melakukan umrah, dan perubahan yang berlaku di kota Mekah dan Madinah.

Ibu berkata, musim ini adalah musim panas di sana.Suhu mencecah sama ada 43 darjah Celcius atau 44 darjah Celcius. Patutlah saya menemui jumlah pelancong Arab yang ramai di Malaysia baru- baru ini.

Mereka lari daripada bahang di negara mereka, agaknya. Sewaktu Rasulullah SAW dikejar oleh penduduk Quraisy yang ingin membunuhnya, baginda telah keluar menyelamatkan diri pada hari siang, ketika musim panas di Mekah.

Ramai pihak berpendapat beliau keluar pada waktu malam, kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Kaki adik saya yang ketiga dan keempat mengelupas, berdarah. Ibu pula batuk- batuk. Cuaca panas di Mekah adalah berlainan dengan di Malaysia. Udara di sana kering.

Kalau di negara ini, kita masih dapat melihat awan di mana ia melindungi daripada terkena pancaran suria yang melampau.

Di Mekah dan Madinah, tiada awan yang kelihatan. Hanyalah langit biru, maksudnya pancaran matahari menuju terus ke muka bumi Mekah dan Madinah.

Kalau di sini pukul 6.30 pagi, keadaan masih gelap. Kalau di sana pada waktu yang sama, suasana seperti pukul 10.30 pagi di Malaysia.

Kalau di sana pukul 10.30 pagi, rasanya bahang kepanasan di Malaysia pada pukul 1 tengah hari.

Jemur pakaian pukul 7 pagi di dalam bilik hotel, pukul 12 tengah hari sudah kering dan boleh dipakai. 

Sewaktu saya pergi ke sana, kulit di keseluruhan muka saya mengelupas. Sebelum keluar bilik hotel, kena sapu losyen kulit. Waktu tersebut, cuaca di sana adalah biasa sahaja.

Entah bila pula saya akan menjejak kaki di sana. Ada kemampuan, ada jemputan Tuhan, InsyaAllah.

Terus- terang saya katakan, saya tidak rasa ingin pulang semula ke Malaysia setelah tinggal 14 hari di Mekah.

Kenangan dan memori, itulah yang membuatkan hati saya begitu kepingin untuk ke sana sekali lagi.      
   
 

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 28, 2007 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: