RSS

Alahai… CONVEST, CONVEST

29 Aug

Hari ini, merupakan hari terakhir untuk Pesta Konvokesyen (CONVEST) di UIAM berlangsung.

Upacara konvokesyen ke- 23 pada tahun ini berlangsung di Pusat Kebudayaan Utama (CAC) telah bermula pada hari Sabtu (25.8.2007) dan berakhir pada hari Isnin (27.8.2007).

Manakala CONVEST pula dijalankan selama enam hari dan sehingga kini saya masih tidak menjejakkan kaki ke Bukit Convest lagi. Mengapa?

Rakan- rakan yang telah pergi ke sana memberikan saya cerita- cerita yang kurang enak untuk dikongsi bersama. Kebiasaannya, apabila CONVEST bermula maka kebanyakan gerai di sekitar kampus akan ditutup.

Takut makanan yang dijual tidak laku dan tiada sesiapa yang ingin datang. Dengan kedudukan tapak CONVEST yang terletak di atas bukit dan di hujung dunia, menyebabkan ramai pelajar yang rasa malas untuk menapak ke sana.

Tidak semua pelajar mempunyai kenderaan untuk bergerak, jadi makanan yang dibeli biasanya dikirim oleh rakan- rakan sebilik.

Saya melihat dari pintu gerbang CONVEST, benar kata- kata teman. CONVEST tahun ini seolah- olah tidak hidup jika dibandingkan dengan CONVEST pada tahun lepas.

Saya memerhati jadual persembahan sepanjang enam hari CONVEST memulakan operasinya. Selama enam hari, ia terisi dengan persembahan kebudayaan dan nasyid.

Daripada kenalan saya bernama Wani (bukan nama sebenar), beliau berkata “Aku pergi sana, macam tiada orang. Ditambah pula dengan nasyid sepanjang hari, siapa yang nak datang? Bukan semua orang menyukai nasyid.”

Saya bersetuju dengan pendapat Wani. Apabila saudara ingin menjalankan sesebuah program, fikirlah kehendak penonton, cuba penuhi apa yang mereka inginkan berpaksikan pada peraturan dan prinsip agama.

Jangan fikir untuk mencapai matlamat saudara sahaja, sebaliknya fikirkan kehendak penonton dan pengunjung yang hadir ke program saudara. 

Apabila jumlah pengunjung yang hadir ke program saudara adalah kurang, bukankah ia boleh dianggap sebagai sebuah program yang gagal?

Di dalam buku “Bagaimana Mendapatkan Kawan dan Mempengaruhi Seseorang” mendiang Dale Carnegie begitu menekankan aspek ini. Seeloknya, fikirkan kehendak orang lain dahulu, fikirkan apa yang mereka mahukan.

Kenalan saya dari Acheh yang belajar di UIAM berkata sudahlah harga makanan mahal, beliau disajikan pula dengan makanan yang sudah busuk. Benarkah sebegitu? Ibu bapa kepada rakan saya, mengadu tentang makanan yang dibeli di CONVEST.

Banyak lagi cerita yang kurang enak yang saya tidak dapat nukilkan di sini. Persoalannya sekarang, benarkah sebegitu?

Kompilasi cerita buruk mengenai CONVEST pada tahun ini, mengakibatkan saya langsung tidak berani menjejakkan kaki ke sana lagi. Sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman semasa di CONVEST, silakan.          

 
3 Komen

Posted by di Ogos 29, 2007 in Cerita Teman

 

3 responses to “Alahai… CONVEST, CONVEST

  1. lydia

    Ogos 30, 2007 at 12:38 am

    -begitulah natijahnya jika barisan pemimpin pelajar tidak disokong sebahagian pelajar itu sendiri.. tambahan pula mereka tidak mendapat sokongan pihak pentadbiran
    -akhirnya, program yang sepatutnya gilang gemilang menjadi hambar dan menyedihkan
    -di satu sudut lain, yang hambar dan sederhana itu lebih baik dari yang riuh dan sesak tetapi tidak memelihara iman
    -pendapat peribadi saya, biarlah segalanya di uia itu lain dari yang lain. siapa lagi mahu mengekalkan identiti Islam yang murni kalau bukan anak didik universiti itu sendiri

    =P : convest uia macam AQ, tak ramai peminat tp berkat! jika difikirkan kehendak penonton, Gwen Steffany pun mereka nak pulun..

     
  2. yginsaf

    September 1, 2007 at 11:51 pm

    Oh Malaya! tanahairku, yg kucinta, tanah yg mulia, buat bangsaku, sebagai pusaka..

     
  3. ira zaki

    September 8, 2007 at 10:54 am

    saya setuju! memang convest tahun ini tidak meriah dan sangat hambar. pergi sekali pun sudah bosan. pergi sana untuk beli makanan tapi yang banyak hanya pakaian-pakaian yang sudah banyak kali kita lihat. mana tidak bosan. makanan juga semuanya sama saja. tiada banyak pilihan. pasar malam lagi meriah.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: