RSS

Anak Bermasalah, Ibu Bapa Pembawa Masalah

04 Sep

Ibu tidur awal malam tadi. Terlalu penat atau ingin tidur awal, saya tidak tahu mengapa. Seperti biasa, beliau memanggil saya untk memicit kaki.

Sedang sibuk memicit kaki, saya sengaja meringankan mulut ini bertanya apa yang beliau lalui semasa di taska semalam. Ibu hanya berkata beliau terlalu penat untuk memikirkan apa yang telah terjadi.

Korek, korek, korek, dapat juga sedikit perkembangan tentang taska ibu. Sekarang, ibu bertanggungjawab untuk menguruskan 41 orang kanak- kanak yang dipenuhi dengan pelbagai kerenah dan macam- macam ragam.

Kalau kanak- kanak memberi masalah, saya masih boleh faham lagi. Kalau ibu bapa kanak- kanak penyebab masalah, rasanya ada yang tidak kena di sini.

Begitulah yang terjadi kepada ibu semalam.

Seorang ibu menghantar anaknya yang demam ke taska ibu. Si ibu cuti, apa salahnya luangkan sedikit masa di rumah dengan anak?

Anak tersebut demam, masa sebeginilah merupakan masa yang terbaik untuk menyemai kasih sayang si ibu kepada si anak.

Namun si ibu lebih rela meletakkan anak beliau di bawah jagaan orang luar. Si anak yang sedang demam, meraung dan menangis kerana ditinggalkan oleh si ibu.

Lantaran itu, pihak pengurusan taska terpaksa memerah keringat menenangkan si anak tadi.

Dua jam selepas ditinggalkan, si ibu datang kembali. Bukan datang untuk mengambil anak semula, tetapi datang sekadar untuk menjenguk anak yang tengah demam.

Meraung, menjerit, dan menangis lagi si anak tadi. Sekali lagi mengganggu suasana di taska.

Selepas makan tengah hari, barulah si ibu datang kembali ke taska dan membawa balik anak beliau.

Itulah yang terjadi kepada ibu saya semalam. Fikirkan kembali, memang benar orang luar membayar ibu saya untuk menjaga anak mereka.

Perbuatan si ibu ‘mencampakkan’ anaknya yang sedang demam walhal si ibu sedang sibuk bercuti, bagi saya itu tidak menjadi suatu isu yang besar.

Perbuatan datang kembali, sekadar untuk menjenguk anak yang tengah demam, saya rasa itu perbuatan yang menyusahkan pihak taska dan langsung tidak beretika.

Kalau tidak percaya kepada orang luar untuk menjaga anak sendiri, janganlah hantar. Jagalah sendiri.

Apabila seorang kanak- kanak menangis, suasana pembelajaran di sesebuah taska boleh terganggu.

Kalau ada kanak- kanak lain yang sedang tidur, mungkin sudah terjaga disebabkan pekikan dan raungan seorang budak.

Malah, kanak- kanak yang sedang sakit biasanya perlu diberi perhatian yang lebih sedikit daripada kanak- kanak yang sihat walafiat.

Secara tidak langsung, kanak- kanak tersebut memberikan sedikit beban kepada pihak pengurusan taska.   

 

 
1 Komen

Posted by di September 4, 2007 in Diari PDAJ

 

One response to “Anak Bermasalah, Ibu Bapa Pembawa Masalah

  1. aferiza

    September 6, 2007 at 2:05 am

    Assalam, mungkin si ibu mengalami masalah meminta cuti. Sukar menjadi ibu yang bekerja ni. Walaubagaimanapun saya banyak berdoa semoga dipermudahkan segala urusan kehidupan ini. Wallahualam.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: