RSS

Merdeka? Merdeka? Merdeka?

04 Sep

Tanggal 31 Ogos, tarikh keramat untuk semua umat Malaysia. Tarikh di mana semua warga negara menyambut merdeka.

Kini, genaplah usia Malaysia 50 tahun mencapai kemerdekaan, genaplah usia saya 21 tahun hidup di bumi merdeka ini.

Dari negara yang dijajah, bangkit menjadi negara merdeka, tergolong dalam Negara Dunia Ketiga, pesat membangun lalu menjadi negara membangun dalam masa 50 tahun. Suatu jangka masa yang singkat untuk menjadi negara membangun, saya boleh katakan.

Dalam minggu ini, bos saya memberikan tugasan membuat rencana mengenai erti kemerdekaan di kalangan pelajar- pelajar antarabangsa. Bagi saya, tugas ini tidaklah rumit berbanding assignment sebelum ini.

Maklumlah, hanya pergi menemui beberapa pelajar luar negara dan bertanyakan pendapat mereka mengenai kemerdekaan Malaysia yang ke-50 tahun, ambil gambar mereka dan kemudian buat rencana.

Saya jangkakan pekerjaan ini senang, rupanya rumit juga.

Seeloknya saya pergi menemuramah seberapa ramai pelajar yang termampu, namun saya hanya berjaya dapat empat orang sahaja. Mengapa?

Minggu ini dilimpahi dengan ujian dan beberapa tugasan daripada tuan dan puan pensyarah untuk saya siapkan.

Kepada bos, saya mita maaf kerana tidak dapat menyiapkan tugasan yang bos minta.

Empat orang pelajar antarabangsa yang saya temui, semuanya memberikan jawapan yang berlainan namun memiliki perspektif yang sama mengenai Malaysia, masih wujud rasa tidak puas hati mereka di kalangan rakyat Malaysia.

Bakar (bukan nama sebenar) berkata beliau bangga Malaysia menjadi Negara membangun dalam tempoh yang singkat, namun sedikit kecewa kerana kita mempunyai pemikiran rakyat dari Negara Dunia Ketiga. Benarkah sebegitu?

Remy (bukan nama sebenar) menganggap kemerdekaan Malaysia pada tahun ini sesuatu yang biasa sahaja, kelainan yang ada hanyalah dari segi peruntukan kos.

“Maklumlah, tahun ini 50 tahun merdeka. Masih ada lagi rakyat Malaysia yang tiada pengetahuan tentang sejarah kemerdekaan Malaysia. Kasihan sungguh,” ujar Remy kepada saya.

Balqis (bukan nama sebenar) berkata sehingga kini masih wujud sentimen perkauman di kalangan kita. Beliau yang baru menetap di negara ini sejak dua tahun yang lalu kecewa kerana sesetengah daripada kita meminggirkan golongan perantau seperti saudari Balqis.

Saudari Aida (bukan nama sebenar) berkata kita patut menyambutnya dalam keadaan sederhana bukannya secara berlebih- lebihan.

Empat orang yang mempunyai empat latar belakang hidup yang berbeza, datang dari negara berbeza, datang merantau ke negara Malaysia dengan matlamat yang sama; untuk belajar menimba ilmu.

Namun, setiap daripada mereka melahirkan rasa sedikit tidak puas hati dengan Malaysia. Adakah semua tohmahan yang dilemparkan benar atau palsu? Hmmm… Saya tidak pasti.

Kepada bos, inilah punca utama mengapa saya tidak mampu menyiapkan tugasan yang beliau berikan. Minta maaf, bos.

   

 

 

 
1 Komen

Posted by di September 4, 2007 in Cerita Teman

 

One response to “Merdeka? Merdeka? Merdeka?

  1. ira zaki

    September 8, 2007 at 10:46 am

    bagi saya, sambutan merdeka yang meriah boleh mengalakkan lagi rakyat Malaysia untuk berasa bangga dengan tarikh bersejarah ini. apa salahnya berbelanja lebih kalau bukan untuk hiburan kita juga. kalau tidak, bila lagi kita nak rasa kemeriahan sebegini di negara kita? saya langsung tak terkejut kalau ada yang tidak puas hati dengan malaysia. semua orang banyak kerenah dah tak semua boleh kita layan. kalau ada yang puas hati, mesti ada lain yang tak puas hati. apa apa pun, bersyukurlah dengan apa yang ada.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: